Friday, August 31, 2012

Anda Merdeka?

Salam.

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka.

Cakpong cakpong ewah!

Betul ke lirik aku? Secara random je ni aku type lirik. Sebenarnya aku lupa the whole lirik dia. Kihkih. Ye lah sejak dah jadi belia-belia negara ni. Memang tak nyanyi dah kot lagu-lagu patriotik dekat uni. Even lagu UiTM pun aku ingat-ingat lupa. Huhu sadis rasanya. Aku bukan tak sayangkan UiTM. Tak tak bukan begitu. Dari diploma sampai lah hat ni ijazah. UiTM sentiasa di hati kecilku. Ehem. Cuma memang keunikkan aku ni seorang yang cepat pelupa. Tak kiralah notes ke alamat ke nama orang ke hobi ke akaun bank ke. Eh? Ya itu keunikkan. Satu keunikkan yang maha menarik. *Padehal refuse nak cakap keburukkan* zzzzzzz. Mungkin time kecik-kecik dulu mak suruh makan kismis tiap-tiap hari. Tapi as seorang anak gadis yang 'menurut kata'. Aku dok skip banyak-banyak hari. Biasalah anak kedua kan. Degil tu tahap petala kelapan mungkin.  Makanya kesan dan akibat tu kita boleh lihat pada hari ini. Pelupa dan 'pelupa'ness.

Owh. Entry ni sebenarnya nak bebel pasal merdeka. Excuse me.

Masuk tahun ni, dah 55 tahun kita menjadi tanah yang merdeka. Kan? Sebenarnya tahu 55 sebab dekat twitter dengan facebook ramai dok trending merdeka ke 55. So tahulah this year yang ke 55. Kalau tak memang tahuuuu lah sangat. Hikhik buruk perangai tau. Meow. Ok here we go.  Merdeka. Kalau ikut kamus dewan bahasa ciptaan aku. Merdeka is pembebasan. Ni yang ringkas lah sebab aku jenis suka ringkas-ringkas, simple-simple. Tu yang kalau jawap dalam exam pon aku suka bagi jawapan yang simple-simple pendek-pendek tapi mampat. Ok tipu je yang mampat tu. Zzzzzz. Pernah tak kita terpikir yang kita ni betul-betul dah merdeka atau tak? Merdeka dalam banyak perkara termasuklah rohani jasmani pemikiran perspektif mungkin? Bagi diri aku sendiri. Aku belum merdeka. Aku cuba untuk tak dijajah dengan perasaan dengki, iri hati, cemburu dengan kejayaan, kecantikkan, kepandaian orang lain. Akan tetapi! Diri ini seringkali tumpas. Tewas terhadap desakan nafsu yang membuak-buak untuk iri hati dengan kelebihan yang ada pada homosapien lain. Hurm. Macam geli pulak pakai bahasa hiperbola ni. Hurm. Btw apa yang aku cuba sampaikan is walaupun aku cuba untuk tidak cemburu dengan kelebihan orang lain. Tapi kadang-kadang perasaan nak jealousy tu tak boleh dah nak lari. Sungguh menyampah sekali rasanya. Even tak banyak tapi still ada secubit rasa kot. Sebab tu aku cakap aku rasa diri is tidak merdeka lagi. Kita nak try merdeka dari dijajah perasaan buruk begini. Still belum berhasil lagi. Buruk betul perangai kan? Sobs lagi. TT

And mungkin ada di antara kekita ni dah merdeka dari sesuatu yang diusahakan. A million billion and trillion tahniah saya ucapkan. Anda memang awesomeness! XD

Jagalah keamanan dan kesejahteraan negara kita selagi kita mampu. Bukan semua negara yang bertuah seperti negara kita. Tengok je dekat negara-negara yang tengah bergolak macam syria. Keliling bom sana sini. Keliling mayat mati terbunuh. Keliling rumah hancur musnah. Aku bukan seorang yang alert pasal news lebih-lebih lagi isu global. Tapi as a human, sepatutnya kita as malaysian perlu ucap syukur dan berterima kasih dengan apa yang negara kita dah capai sekarang. Mohon agar kita lebih bermuafakatan bermuhibah dalam sesuatu perkara. Ingat. Bukan semua manusia bertuah seperti anda. Ingat.

Kismis baik untuk menguatkan minda. InsyaAllah.

May Allah Bless Writer and Readers.

Thursday, August 30, 2012

Doa #3

Salam.


Doa Menghadapi Stress.











Ustazah Siti Nor Bahayah galakkan supaya ayat ini dijadikan zikir harian. InsyaAllah.

May Allah Bless Writer and Readers.

Doa #2

Salam.



Doa Pelembut Hati.








Baca ayat ini dan hembuskan ke ubun-ubun ketika orang itu sedang tidur. Dan biasanya ayat ini dipraktikkan oleh ibu/bapa kepada anak-anak.

May Allah Bless Writer and Readers.

Doa #1

Salam.

Sekadar berkongsi ilmu dan pengetahuan. Moga kita sama-sama dapat belajar. Amin. ;)



Doa Mohon Kesabaran.

May Allah Bless Writer and Readers.

Passions'

Salam.









Let those pictures speak. :)

May Allah Bless Writer and Readers.

Wednesday, August 29, 2012

Self-motivation

Salam.




"Cinta sejati menyentuh hati dan membaiki diri. Bukan merosakkan diri dan buat jauh dari Ilahi." - Dianah Bahrin.
 "Bukankah memperbaiki diri bererti memperbaiki jodoh?"- An nur 26

Secara jujurnya aku bukan lah seorang muslimat yang baik. Penjagaan aurat bukan sempurna. Batas pergaulan kadang-kadang terjejas. Bukan seorang anak yang baik dan solehah. Bukan juga seorang kawan yang terbaik untuk kawannya. Begitu banyak sebenarnya aib yang aku dah buat. Tapi Allah itu Maha Penyanyang Maha Pengasih. Banyak perkara yang aku dah lalui sepanjang tahun ini dan itu semua membuka mata aku tentang satu perkara. Allah akan turunkan dugaan kepada hambaNya untuk menegur hambaNya yang lalai. Dugaan hidup dan cabaran pahit yang kita lalui itu semua adalah teguran dari Dia. Mungkin dulu aku semakin jauh dan semakin lupa dan disebabkan itu juga lah Allah turunkan macam-macam perkara untuk sedarkan aku.

Siapa yang tak mahu pasangan hidup yang soleh/solehan kan? Tapi sebelum kita sendiri mahukan mereka-mereka ini. Tanya diri kita dulu. Kita pula macam mana rencah nya? Ini yang aku cuba pegangkan dan tanamkan dalam diri. Aku nak pasangan yang boleh bimbing aku. Yang boleh bawak aku ke Jannah. Tapi aku juga mahu pasangan aku bangga memiliki aku as his 'other half'. Aku cuba untuk berubah. Berubah kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Aku cuba dan akan terus mencuba. Even kadang-kadang tu seperti atas pagar tapi aku tetap akan berusaha. Iman rapuh. Itulah aku. Perubahan kepada yang lebih baik sememangnya sangat susah. Untuk konsistenkan perubahan itu juga lebih susah. Aku cuba motivasikan diri dengan percaya jika kita mahukan sesuatu yang baik untuk diri. Kita perlu menjadi si baik itu dahulu. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan semua perkara buruk yang aku dah lalui. Daripada perkara-perkara itu juga lah kini aku lebih bersikap terbuka dan berpegang pada satu perkara. Qada' qadar Allah itu pasti. Semua perkara yang jadi itu bukan kebetulan. Tiada istilah kebetulan dalam agama kita (islam). Yang ada cuma takdir (qada' qadar) Allah.

Perubahan bukan senang. Lebih lagi kepada sesuatu yang baik. Sebab itu kita perlu menyokong bukan meng'kondem' saudara kita yang nak berubah. Galakkan dia. Puji dia. Beri rangsangan moral. Jika kita tidak dapat memberikan kata-kata semangat. Janganlah dikeji dihina diumpat pula. Aku suka like dan share kata-kata motivasi macam dekat gambar atas ni dekat social network. Bagi orang macam aku. Aku perlukan medium-medium macam ni sebagai satu peringatan/reminder. Bila aku baca ayat-ayat motivasi macam ni, secara tak langsung aku ada keinginan nak berubah. Nak jadi seorang yang lebih baik. Setiap orang punya personaliti berbeza. Mungkin sesetengah tu anggap benda-benda macam ni annoying. Tak pun pikir entah pape. Tapi bagi orang yang perlukan kata-kata semangat macam aku. Ehem! Kami perlukan sesuatu yang boleh memotivasikan diri sebenarnya. Secara konklusinya tolong lah support kengkawan yang nak berubah for good. Mohon jangan diperli. Kita mahukan pasangan seperti Saidina Ali Abi Thalib. Tapi sebelum itu kita haruslah menjadi Fatimah dulu. InsyaAllah. Tehee. :)

Sepertinya agak serious entry kali ini ya?? Kihkih.

May Allah Bless Writer and Readers.

Tuesday, August 28, 2012

Me-Time

Salam.

I like drinking coffee alone and reading alone. I like riding the bus alone and walking home alone. It gives me time to think and set my mind free. I like eating alone and listening to music alone. But when I see a mother with her child, a girl with her lover, or a friend laughing with their best friend, I realize that even though I like being alone, I don’t fancy being lonely. The sky is beautiful, but the people are sad. I just need someone who won’t run away.
Anonymous (via cite-belle)

Ada satu masa tu aku suka being alone. Pergi kelas naik bas sensorang. Jenjalan dekat komersial sensorang sambil minum coolblog. Pergi karoke sensorang. Pusing-pusing dekat giant sensorang. Have fun sensorang. Gerak sensorang. Kekadang tu pergi cc (cyber cafe) padehal dekat rumah nun ada berukband siap. Saje semata nak perhabis duit. Lol. That's my me-time. Sometimes manusia perlukan masa untuk diri dia sendiri. So do I. Aku biasa buat benda-benda adventure gini bila aku tengah stress. Bila aku tengah down. Kepala serabut. Mess up. Me-time ni kiranya salah satu cara nak control and release tense. And biasanya insyaAllah kepala dan mood aku akan lebih stabil lepas tu. Setiap orang ada cara masing-masing kan? Dan kita tak perlu ikut cara orang lain sebab cuma kita yang faham diri kita sebenarnya.

Besides me-time ni takkan menyusahkan orang lain. Dia cuma menyusahkan kau je lah. Perhabis duit. Perhabis tenaga. Perhabis lemak. Ehem. Cuma nasihat aku eloknya me-time ni is jangan nak ber me-time sangat sampai pergi dekat tempat sunyi sensorang. Kekonon betul-betul nak menghayati erti sebuah me-time. Perlukan ketenangan tahap dewa sebab tu keliling langsung takde orang. Itu bukan me-time dah. Itu namanya bunuh-diri-time. So take note lebih-lebih lagi kepada dara-dara sunti sekalian. Pergi lah ber me-time dekat kawasan yang pack yang ramai orang. Macam komersial yang pack itu. Zzzzzz. Dan meluangkan masa me-time anda pada waktu pagi ke petang SAHAJA. Tak payah nak jadi superheroin sangat kekonon nak adventure lebih sikit hah pukul 10 malam dia me-time. Itu takde kerja namanya. Kerana dirimu begitu berharga. Ewah cakpong cakpong.

May Allah Bless Writer and Readers. Amin.

'Beginner'

Salam.

Wah! kekonon kecoh kata taknak dah bergelumang dalam dunia blogspot ni. Tapi tapi tetapi. Tengok lah sekarang. Cakap tak serupa bikin. Kihkih maafkan saya. Butterflies tak boleh pakai dah. Tu zaman jahiliah. Nanti banyak timbul kemusykilan dan kesulitan. Sekarang dah matang sikit. Jadinya mungkin ke'annoying'an tu berkadaran hanya sejengkal. Mungkin? ahaha cuba ok kita cuba.

Tak ingat lah bila aku deactivate Butterflies. Tapi yang pentingnya satu. Peh! Blogspot dah maju gilaaaaa advance gilaaaaa aaaaaa aku dah tak reti dah main benda ni. Sadis sungguh rasanya bila nak edit profile pun terkebil-kebil tak tahu nak start dari mana. Jiwa kacau. -.- So macam mana nak tukar gambar profile ni? Aku dah tak nampak dah remove picture etc punya column? Gambar annoying bajet hot gilaaaaa sampai rasa nak tampar-tampar muka sendiri dan berkata. 'Macam mana aku boleh terpikir nak letak gambar gedik macam ni dulu??' #facepalm. Tapi apa yang aku suka dengan theme yang baru ni is kita tak payah nak gigih google background yang molek-molek dah. Sebab background yang dia provide pon dah cukup grand cukup meriah. Salute!

Btw best tak nama blog kita yang baru ni??

HAHAHA menyempat! Zzzzzz

May Allah Bless Writer and Readers. Amin.