Friday, June 28, 2013

Heart #2

Assalamu'alaikum.




Deep kan?

Sekarang tengah stress sebab ada satu killer subject yg dapat carrymark kurang memberangsangkan for this final exam. So yeah cuak gila dan sangat. Tak aim tinggi pon. Kalau lulus pun dah kira alhamdulillah sangat sangat sangat. Dan gambar ini menjadi penyembuh hati saat ini.. :')

Untuk yang terbaca entry ini. Mohon dipinjamkan beberapa saat korang untuk mendoakan moga perjalanan study saya dipermudahkan ya. Owh dan moga saya dapat grad pada tahun ini jugak. AMIN.

Terima kasih. Sayang korang! XD

Picture credit to twitter ini


May Allah bless writer and readers. Amin.

Thursday, June 27, 2013

Awal waktu vs akhir waktu

Assalamu'alaikum.


Selalu tak dengar orang cakap "kalau dah solat pun hujung-hujung, macam mana nak berharap yang Tuhan tu akan bagi rezeki on time macam yg kita mintak?"

Pernah dengar tak? Ke first time dengar ni?

Dulu bila orang lain dok beringatkan pakai ayat ni, mesti kat hati tu ZAAPPP! Terasa kot. Gila kau tak terasa. Terasa lah sebab memang diri sendiri buat hahahahaaaa T__T

*malu

Dah tahu memang salah diri, jadik bila orang sound setepek dekat muka, time tu memang patut kena dengar pastu diam, pastu iyakan pastu hurm-hurm-hurm kan pastu kalau taknak bagi keadaan tu nampak awkward sangat sila lah gelak comel seperti "hikhikhik". Ala ala moment bila mak bapak dok tanya setuju tak nak kawen dengan chenta hati sebab chenta hati dah masuk merisik. Eh sangaaatttt.

Tak tak. Sebenarnya bukan nak cerita pasal masuk merisik sebab takde orang masuk merisik lagi. Hurm.

Teruk gila kan aku dulu? Sedih betul hidup. Tapi sekarang pun teruk jugak sebenarnya. Cuma mungkin kematangan usia tu sejajar dengan kematangan pemikiran. Makanya, molek 'sikiiiitttt'-ness je nak dibandingkan dari dulu. Lebih kurang 0.000000001 persen lah kot? Wah sikit betul.. T_____T

*double malu

Then bila dah selalu diingatkan dengan ayat cenggitu. Automatik dia jadik macam dakwat kekal lah dalam hati ni. Fitrah manusia tu sukakan kebaikan. Ye dak? Makanya sama jugaklah seperti diri yang kerdil lagi osem lagi gojes ini hurm. Mula-mula tu memang susah ya Rabbi ya Salam. Nak berubah dari tak baik nak jadik baik sikit. Memang lah susah nyeewww. Adat dah tu. Dah memang tugas syaithonirrrrroooojiiimmmm taknak cucu cicit Adam a.s ni menjadi si baik. Kan? Yang penting kena tanamkan kat diri yang kita MESTI istiqamah. Once you've started, don't try to look back. Never. Just keep your head up and moving on. And selalu ingat yang Tuhan tu sentiasa je bersama dengan hambaNya yang bersabar. Lebih-lebih lagi bersabar untuk perbaiki diri. Lagi Tuhan sayang.

Kalau kita ni memang pesen solat di hujung-hujung, cuba try anjak kan masa kita solat tu sikit sikit. Macam peribahasa sikit sikit lama lama jadik bukit. Gituuuuu. Oke macam ni. Kalau zohor tu biasanya kita solat pukul 4 petang. Try untuk solat keesokannya pada pukul 3.55 petang. Pastu keep your momentum within a week. Then bila rasa dah alhamdulillah berjaya. Now kita berganjak ke level 2. Try pulak solat pada pukul 3.30 petang. And do the same thing within a week. Then bila rasa dah gagah perkasa sikit. Hah masa ni lah kita boost up level kita. Solat pukul 2.30 petang pulak. Dari pukul 4 petang tetiba dah 2.30 petang. Peh mantap bhai!

*tepuk tepuk tangan

Dan satu lagi, orang beragama cakap. Kalau nak tahu kita ni berjaya atau tak untuk berubah kepada benda yang baik. Bila kita buat balik perkara-perkara lama yang kurang baik. Sebagai contoh kalau hari ini kita dah berjaya membersihkan rekod kita yang kita mampu untuk solat pada awal waktu. But then esok nya tetiba kita solat hujung waktu semula. Kita akan rasa satu perasaan yang bersalah sangat. Bersalah kepada siapa? Kepada Tuhan. Hah! Once kita ada perasaan macam tu, inshaa Allah itu petanda yang kita mampu mengclorox hati kita menjadi lebih putih dari sebelumnya. Bravo bravo! Anak sape leww niii

*kekelip mata

Nak rezeki on time kan? Jom solat awal waktu! XD

May Allah bless writer and readers. Amin.

Tuesday, June 25, 2013

Pekse

Assalamu'alaikum.

Adik nak pekse dah ni. Inshaa Allah semester last mungkin? Dengan izin Dia mudah-mudahan XD

"Semoga adik yang comel ini, nur hanes abd halim dapat menjawap kesemua kertas pekse dia dengan lancar. Amin"

TERIMA KASIH KERANA MENDOAKAN KITA!

*gelak comel

Moga hidup kalian juga sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya selalu inshaa Allah ;)


May Allah bless writer and readers. Amin.

Poem #2


Assalamua'alaikum.




Tentang Seseorang
Ada Apa Dengan Cinta



Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri


Favorite!

May Allah bless writer and readers. Amin.

Cebisan #5


Assalamu'alaikum.



Wanita itu ada dua sirinya
Satu si putih
Satu si hitam
Jika si putih kelasi kapalnya
Maka putihlah kainnya
Jika si hitam ketua jenteranya
Maka hitamlah bajunya

Putih hitam
Atau hitam putih
Ini semua pilihan
Bukan ketentuan
Mahu yang putih atau yang hitam?

Wanita itu ada dua sisinya
Dan engkau perlu tahu itu


May Allah bless writer and readers. Amin.

Monday, June 24, 2013

Cebisan #4

Assalamu'alaikum.




Kau gerun apa ada dia?
Kau takut sebut nama dia?
Kau gabra rasa tentang dia?
Kau cuak tahu situasi dia?
Kau bimbang jumpa dengan dia?
Kau jerit berlari dari dia?
Kau tangis hiba ratapi dia?
Kau dakap wajah kesayangan kerna dia?
Kau sumpah seranah semata dia?
Kau takuk pedih hati sebab dia?
Kau asah perisai diri demi dia?
Kau kental jiwa kendiri untuk dia?

Dia itu pasti ada
Dia itu tentu tiba
Dia itu janji Tuhan
Dia itu kekal megah
Dia itu yang digeruni
Dia itu yang ditakuti
Dia itu yang dibimbangi
Dia itu yang diingati
Dia itu.. Mati


May Allah bless writer and readers. Amin.

Poem #1

Assalamu'alaikum.


This is one of my favorite poem inspired by one of my favorite movie, Ketika Cinta Bertasbih.


Kau mencintaiku
Seperti bumi mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka

Kau mencintaiku
Seperti matahari mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa

Kau mencintaiku
Seperti air mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga

Kau mencintaiku
Seperti bunga mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala


Puisi ini di dedikasikan oleh ahyatul husna kepada abangnya. Means, tak semestinya bila cakap aje pasal CINTA. Terus spesifikasikan dekat pakwe/makwe/suami/isteri. Nah! Kita juga cinta bapak, emak, abang, kakak, adik, keluarga malah rakan-rakan juga bukan? ;)

Cantik kan puisi dia?

p/s : Makna cinta dalam puisi ni is general actually


May Allah bless writer and readers. Amin.

Friday, June 14, 2013

Quote #3

Assalamu'alaikum.
Every soul has a past
Every soul lives a present
And every soul deserves a future
No judging on one's past
Because it might be your future

Anthem, Hlovate.


Don't judge sayang. Itu penyakit hati. Kita cuba untuk tidak judge orang lain. Cuba. Kita cuba ya? Kita cuba sama-sama inshaa Allah. :)


May Allah bless writer and readers. Amin.

Tuesday, June 4, 2013

Cebisan #3



Cinta itu bila kau tahu sakit tapi kau tetap degil
Cinta itu bila kau tahu pedih tapi kau tetap mahu
Cinta itu bila kau tahu pilu tapi kau tetap tunggu
Cinta itu bila kau tahu tangis tapi kau tetap setia
Cinta itu bila kau tahu perih tapi kau tetap teguh
Dan cinta itu kejam bukan?

Bila kau sebut cinta terus kau lukis wajah si dia
Bila kau dengar cinta terus kau ingat tentang si dia
Bila kau lihat cinta terus kau layar nama si dia
Bila kau ingat cinta terus kau ukir senyum kerana si dia
Bila kau rasa cinta terus kau patri hidup dengan si dia
Dan cinta itu gila bukan?

"Cinta itu menguatkan bukan melemahkan"
Tutur si cendiakawan hebat Hamka
"Cinta itu bila kau rasa diri tidak pernah sempurna"
Bidas sang pujangga cinta pula 
"Cinta itu bawa ke syurga jauhi neraka"
Nah! Petah si penulis Hilal Asyraf konklusikan semua

Cinta itu suci bila jalan jalan suci yang kau ambil
Cinta itu noda bila lorong lorong hitam yang kau garap
Cinta itu bersih bila petak petak jernih yang kau langkah
Cinta itu kotor bila kaca kaca tajam yang kau pegang
Cinta itu berstatus tinggi bila kau sendiri mahal kan nilai
Cinta itu berdarjat rendah bila kau sendiri letakkan di kaki

Sudah jelas atau masih ragu?
Apa yang kau susahkan
Allah ada bukan?
:)

May Allah bless writer and readers. Amin.

Saturday, June 1, 2013

Pemergianmu

Assalamu'alaikum.



Setiap kali dengar lagu ni setiap kali jugak lah air mata ni dok laju keluar. Rindu dia tak? Rindu Rasulullah tak??

Hebatnya Baginda even kita tak pernah jumpa atau bercakap atau bermesra pun still kita akan rindu dia dan sayang dia dan cinta dia. Kan? Allah..

May Allah bless writer and readers. Amin.

Permaisuri hatiku

Assalamu'alaikum.





Malu mu bernilai.
Kata mu berhikmah.
Hati mu tulus suci dan murni.
Hanya diri yang halal engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi..


Cantik kan lirik dia?
Teringin kan jadi macam tu?

Lagu kegemaran kita ni ^^

May Allah bless writer and readers. Amin.