Salam.
"Don't let friends down when they need you the most."
Please don't.
Even pun kita tak boleh nak tolong masalah dia dari segi duit, harta benda, kepandaian, masa atau tenaga mungkin. Please jangan sesekali membuatkan 'kawan itu' lebih tertekan/down/stress. Mungkin kita boleh mendengar permasalahan dia. Mungkin kita boleh beri sokongan moral dekat dia. Mungkin kita boleh bimbing dia. Tanya if dia feeling good or not. Tanya if dia ok atau tak. Mungkin dengan semua perkara-perkara ini 'kawan itu' dapat dipinjamkan sedikit kekuatan. Dapat dipinjamkan sedikit semangat untuk face masalah dia. Dapat rasa yang dia bukan berseorangan. Jadikan hati dia lebih tenang. Lebih mudah untuk face masalah dia mungkin. Dalam waktu-waktu macam ni. Bukan pertolongan yang 'kawan itu' harapkan sangat. Tapi kata-kata semangat dan sokongan yang lebih dia harapkan dari kita sebenarnya. Kalau betul kita seorang kawan yang baik. Pasti kita tahu apa yang kita dapat bantu even kita tak dapat tolong 'kawan itu' dari segi material, masa dan sebagainya.
'Kawan itu' is seorang manusia biasa je. Dia sebenarnya perlukan sokongan even dia tak mengadu atau berkongsi cerita tentang masalah kepada kita. Mungkin disebabkan janji dan dia telah pegang janjinya untuk tak berkongsi cerita. Atau mungkin disebabkan sesuatu perkara atau seseorang yang dia perlu lindungi maka untuk itu dia tak berkongsi cerita. Atau mungkin disebabkan dia mahu menjaga aib dia. Dan juga mungkin disebabkan dia rasa perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi? Tidak ada seorang pun dari kita kat dunia ni yang tidak akan rasa down/stress bila ada masalah. Melainkan Rasulullah. Kita tidak punya kekuatan hati dan mental setinggi Baginda. Jadi 'kawan itu' juga tidak punyai kekuatan yang luar biasa pun.
Kalau pun kita tak dapat tolong, janganah dikata-kata 'kawan itu'. Janganlah diburuk sangkakan 'kawan itu'. Janganlah disindir diperli dan difitnah 'kawan itu'. Selagi kita tak dengar masalah dia dan pucuk pangkal cerita dari mulut 'kawan itu' sendiri. Kenapa pula kita yang beria mahu cipta sesuatu subjek yang tidak ada tapi diada-adakan. Bukan itu boleh kita panggil sebagai fitnah? Lebih-lebih lagi kalau 'kawan itu' dah anggap kita antara orang yang dia sayang dan dia percaya. Jangan dikonklusikan sesuatu perkara kalau kita sendiri tidak yakin dan tidak ada pun kata-kata yang keluar dari mulut 'kawan itu'. Jangan dimusnahkan kepercayaan yang 'kawan itu' dah semaikan dalam diri dia untuk kita. Jangan dihancurkan hati 'kawan itu' jika kita betul-betul anggap dia sebagai kawan dunia akhirat kita. Jangan ditukar perasaan sayang 'kawan itu' kepada kita kepada sesuatu yang kita sendiri tak jangka.
Kawan waktu senang memang mudah dicari. Kawan waktu susah satu dalam seribu mungkin. Biarlah kita jadi seorang yang dilabelkan sebagai kawan waktu susah. Dan di saat ini. Cuba tanya diri kita sendiri. Secara jujurnya di kelompok manakah diri kita patut diletakkan. Kawan waktu susah? Atau kawan yang let her/his friends down when they need you the most? Hanya kita yang tahu value seorang kawan dalam diri kita.
Just try to think. Jika kita berada dekat tempat 'kawan itu' sekarang. Siapa dan apa yang kita betul-betul perlukan?
Pengertian dari seorang kawan yang lebih bermakna sebenarnya.
May Allah Bless Writer and Readers.