Salam.
Aku ingat i'm the only girl yang akan mengamuk sakan cakap merepek meraban bila tengah marah. Tapi bila tengok sahabat ustaz Don post ayat ni terus dalam hati. " Semua perempuan punyai sifat seperti aku rupanya. So aku ni bukanlah lain dari yang lain. Hurm sedih. Eh?".
Definisi perempuan daripada sisi pandangan islam is 9 nafsu 1 akal. Boleh imagine tak wahai para teruna-teruna sekalian alam semesta?? Nampak tak nisbah kerakusan nafsu yang sangat besar jurangnya jika nak dibandingkan dengan kelarasan akal fikiran dalam diri seseorang yang bernama perempuan? Ewah ayat! Kita ni kaum perempuan kalau tengah marah memanglah haaaiiii pang pung pang pung dok sembur ayat berbisa sungguh. Yang sebenar-benarnya kita ni tak memaksudkan pon. Even ada pepatah tu cakap time marah lah kita boleh tahu semua rahsia dan perasaan yang kita simpan. Kan? Tapi sebetulnya perempuan kalau betul-betul sayang seseorang itu. Even buruk mana hodoh mana perangai lelaki itu insyaAllah memang dah ditanam dekat hati dia yang dia tetap akan terima diri lelaki itu seadanya. So that apa yang dia cakapkan time marah bebenor tu sama sekali adalah omongan kosong semata. Semata ok. SEMATA.
When writer used capital letter. That means penegasan. Harap maklum.
Macam aku sendiri. Kadang-kadang tu dah warning dekat diri jangan nak membebel ikut sesuka hati kau pastu sedap aje sembur orang. Orang tu is lelaki ya. Sekarang topik kita sembur lelaki. Mohon jangan lari topik ok. Got it? Good.
Tapi once bila tengah marah tengah bengang memanglah dah tak ingat apa dah. Warning tu jangan lah cakap. Langsung lupa terus. Seolah-olah tak pernah terlintas pun ayat-ayat warning tu semua. Huhu. Seolah hah terus. Gituuuuuu! But 1 thing perempuan yang suka marah sambil cakap bukan-bukan ni biasanya angin beliung dia tu cepat je sejuknya. Tak percaya? Cuba test dekat adik/kakak/buah hati/isteri memasing. Tapi kalau result dia tak sama dengan apa yang aku cakapkan ni. Writer tidak akan bertanggungjawap untuk mana-mana akibat yang diterima. Sekian.
Perempuan tak kompleks mana sebenarnya. Kalau kau faham dia macam mana. Kalau kau tahu setiap apa yang dia cakap time dia marah tu is ayat kosong sahaja. Tentu mudah sebenarnya untuk masing-masing sentiasa happy dengan apa jenis hubungan yang ada. Perempuan dijadikkan dari tulang rusuk kaum adam. Makanya kaum adam itu yang sepatutnya membentuk dan melentur 'tulang rusuk' mereka menjadi bentuk yang mereka mahukan. Isn't it? Tehee.
Kami perlukan pebimbing yang boleh membimbing kami menjadi hawa yang sentiasa bersabar. Will you?? :)
May Allah Bless Writer and Readers.

No comments:
Post a Comment