Friday, May 31, 2013

Kalimah cinta

Assalamu'alaikum.





"Dengan cinta kenal Pencipta."

Macam kisah cinta zulaikha dengan Nabi Yusuf a.s kan? zulaikha jatuh cinta dengan Nabi Yusuf dan kemudian jatuh cinta dengan Allah dan islam. Dan akhirnya cinta zulaikha kepada Allah lebih hebat dari cinta nya kepada Nabi Yusuf.

Siapa kata cinta tak boleh bawa kebaikan dan keimanan dalam diri seseorang? Sebab itu juga dalam islam sendiri tidak menghalang rasa cinta sesama insan. Plus cinta itu sendirinya bersifat fitrah. Tapi harus bersesuaian cara pengendaliannya mengikut cara islam. Itulah yang kita namakan cinta high-class ;)

hashtag lagu all time favorite.

May Allah bless writer and readers. Amin.

Quote #2

Assalamua'alaikum.

It is easier to please God versus pleasing His servants, the irony.

He is The Almighty, 
and He accepts us unconditionally
regardless of what we were.
Because He is the one defining 'sincere' and 'sincerity'.
- hlovate

One of my favorite author. Dan kenapa saya suka dia? Sebab this! Penulisan dia banyak berikan kesedaran yg kita ni cuma hamba Allah je. Tak lebih tak kurang.

Hasbunallah wa ni'mal wakil.
"Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan Dia lah sebaik-baik pelindung."

p/s : akhirnya dapat beli anthem ><

May Allah bless writer and readers. Amin.

Thursday, May 30, 2013

Putus cinta

Assalamu'alaikum.

Alkisahnya ni tengah baca kitab terfaktab versi nakal tapi halal. Masuk pulak bab putus cinta oleh lord zara. Dan tidak semena-mena tetiba mood nak menulis tu datang. Terus on laptop cucuk 'berukben' bukak chrome klik toolbar entitled jasmine dan kita mulakan bicara dengan segala pujian untuk Yang Esa inshaa Allah.

Putus cinta.

Siapa pernah putus cinta sila angkat tangan?
*angkat tangan angkat kaki

Aku rasa lah kan kalau bagi survey pasal 'kau pernah putus cinta atau tak?' dekat pemuda pemudi harapan bangsa yang sebaya dengan aku. Inshaa Allah 8/10 tu akan tick kotak tertera dengan perkataan PERNAH. Kan? Senang cerita lah kan. Putus cinta ni dah macam asam dan garam kehidupan kita. Benda yang biasa dan tak pelik pun untuk kita. Cuma bak kata cik sofia nin dari skuad terfaktab

"Kebarangkalian untuk cerita cinta yang sama persis itu 0.0000001%"

Nah! Ini aku setuju sangat. Bagi aku. Kau tak boleh nak sama kan derita putus cinta kawan kau dengan kau walaupun cerita korang lebih kurang sama plotnya. Sebab apa? Sebab setiap manusia ni tak sama kekuatan dalaman dia. Tak sama aturcara perjalanan hidupnya. Tak sama prinsip hidupnya. Kita mungkin boleh bagi semangat bagi harapan. Tapi jangan sesekali cuba untuk 'mengsamakan' perasaan kau dengan perasaan kawan kau. Bagi kau mungkin cerita dia itu cuma picisan je dari kisah kau yg perih likunya. Dugaan setiap orang ni berkisar kepada kekuatan dia. Itu yang kita kena ingat selalu.

Dan bagi yang tengah mengalami fasa putus cinta pada waktu sekarang. Nah sayang. Ini untuk kamu ya :)

Tuhan sayangkan mu
Tuhan cintakan mu
Tuhan kasihkan mu
Tuhan ingin jagai mu
Tuhan ingin selamatkan mu
Tuhan ingin lindungi mu
Tuhan ingin tempatkan mu di taman syurgaNya
Tuhan ingin pasakkan mu di singgahsana terindahNya
Tuhan ingin letakkan mu di permaidani suteraNya

Hayunkan langkahmu wahai bakal bidadari syurgaNya
Percaya apa berlakunya kerana apa adanya kamu wahai wanita solehahNya
Untuk mendapat pelangi perlu ditempuh ributnya awanan bukan?
Untuk mencipta potret keindahan abadi perlu ditepis luluhnya hati insani bukan?
Putus cinta itu bukan titik aturcara penamat bahkan pembuka kata takdir bukan?
Senyumlah wahai mawar-mawar berduri
Senyumlah sayang senyumlah..


Untuk menjadi kuat itu bukan takdir tetapi pilihan. Pilihan yang cuma kita sahaja boleh tentukan.


May Allah bless writer and readers. Amin.

Sunday, May 26, 2013

Husnuzon

Assalamu'alaikum.

Husnuzon. Ayat yang paling senang untuk diterjemahkan ialah berbaik sangka.

Susah sebenarnya untuk sentiasa mindset dalam kepala otak ni untuk bersangka yang molek-molek terhadap sesuatu perkara. Susah sebenarnya bagi aku. Bila mana terpaksa berperang dengan macam-macam rasa yang tidak baik dalam hati. Dan terpaksa kental kan fikiran kuatkan hati supaya bersangka yang baik-baik sahaja. Itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk aku. Mungkin ada di kalangan kita yang halus jiwanya. Dan husnuzon ialah sesuatu perkara yang ringkas bagi nya bukan? Subhanallah. Cemburu betul aku..

Ada waku-waktu nya bila mana agak mudah laluan untuk bersikap husnuzon. Tapi ada waktu-waktu nya juga bila mana sifat ini teruji sungguh. Lalu menghasilkan kerunduman mood yang tidak bagus. Sangat tidak bagus. Perempuan bukan? Huhu.

Walau macam mana pun. Makin rasa diri sendiri dah semakin tua. Perangai budak-budak tu cuba untuk tidak didominasikan dalam diri. Cuba. Sedang cuba. Macam mana berperang nya emosi dan perasaan-perasaan yang tidak baik dalam hati. Cuba untuk berbaik sangka jugak akhirnya. Sentiasa cuba untuk itu. Ya sedang cuba. Dan moga Tuhan sentiasa lindungi hati dari perasaan-perasaan yang tidak baik juga sentiasa bersedia untuk bersikap husnuzon selalu. Inshaa Allah.

Kita kuat bukan sebab kita yang kuat. Kita kuat sebab adanya Allah.


May Allah bless writer and readers. Amin.

Saturday, May 25, 2013

Quran #2

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrohmanirrohim.



Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).

(Surah An-Nur, Ayat 26)


"Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."

Nampak bukan yang semua manusia boleh tergolong di kalangan laki-laki dan perempuan-perempuan yang baik? Ini semua bergantung pada diri kita sendiri. Jalan manakah yang kita nak ambil? Adakah kita akan selama-lamanya berpijak di bumi yang tidak nyata? Nak berubah kepada yang lebih baik atau mahu berada di takuk lama? Nah! Ini semua tentang kita. Tentang apa yang kita mahu untuk diri kita. Hereafter. Dan takde seorang pun berhak menilai sejauh mana baik dan buruk seseorang itu. We are here to obey our Lord. Not to judge others. What's definition of khalifah? It means HAMBA. To whom? Surely to God. Allah. Kan?

Tiada orang baik yang tidak mempunyai masa silam. Dan tiada orang kurang baik yang tidak mempunyai masa hadapan.

May Allah bless writer and readers. Amin.

Tuesday, May 21, 2013

Batas asaku

Assalamualaikum.


Batas asaku
Siti Nurhaliza

Khas untuk wanita-wanita yang sedang mengalami fasa kerapuhan hati dan kesulitan emosi dek penangan si gila, pra-menstrual sindrom. Mungkin dengan kesyahduan bait-bait lirik lagu ini dapat melaraskan kembali kestabilan emosi dan mengukuhkan lagi kasih sayang anda.

LOL.

p/s : favorite kita lah ni. mihmihmih


May Allah bless writer and readers. Amin.

Saturday, May 18, 2013

Cebisan #2



Sulit sekali
Kadang-kadang bertanya pada diri
Mampu kah aku?
Kuat kah aku?
Kadang-kadang persoalkan keupayaan diri
Tinggi kah semangat aku?
Masih tinggi kah ia?
Sulit sekali..

Bila berbagai-bagai ranjau nya ujian itu
Kadang-kadang terasa mahu berhenti melangkah
Kadang-kadang terasa mahu menyerah kalah
Kadang-kadang terasa mahu menyimpul mati untaian janji
Kerana terbeban dengan penatnya menanggung perasaan
Kerana teruji seberapa tingginya kesabaran diri

Sabar
Tuhan menduga kerana Dia tahu kemampuan diri
Walau ada kalanya terasa kesabaran itu sudah dihujung tanduk si kerbau
Masih 
Sabar itu tetap tersemat dalam diri
Masih
Di situ ia tetap berpenghuni
Masih..

Tidak mengapa kata si akal
Teruskan langkah mu kata si hati
Tuhan sayangkanmu kata si iman
La' tahzan innallaha ma'ana
Kata si gadis
...

May Allah bless writer and readers. Amin.

Friday, May 17, 2013

Quran #1

Assalamualaikum.

Bismillahirrohmanirrohim. 




Sesungguhnya urusanNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu.
Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!"
Maka jadilah sesuatu itu.

(Surah Yasin, Ayat 82)


Berdoalah. Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

May Allah bless writer and readers. Amin.

Tuesday, May 14, 2013

Kerana diriMu

Assalamu'alaikum.




Kerana diriMu
Siti Nurhaliza


Aku sekarang
Adalah bahagian dari masa lalu ku
Aku pernah pergi
Meninggalkan diriMu jauh
MelupakanMu...

Tapi lihatlah.. diriku rapuh..
Tanpa diriMu tiada ertiku
Hebatnya Engkau
Tak sedetik pun
Pernah Kau meninggalkan diriku
Ku sedari...

Kerana diriMu
Ku mampu berdiri tegar
Walau seberat apa pun
Beban dihadapanku kini

Kerana cintaMu
Ku mampu berjalan tenang
Sesulit bagaimanapun jalan
Yang ku lalui nanti

Pasti hanya diriMu
Kaulah segalanya
Ku jaga selalu
Satu cintaMu



When we have Allah in our heart.
There's nothing we need anymore
Because we already have everything
Eventually..

Tanpa pengalaman. Tiada pengajaran.
Tanpa pengajaran. Tiada perubahan.
Tanpa perubahan. Tiada kemajuan.

:'(:'(:'(


May Allah bless writer and readers. Amin.


Monday, May 13, 2013

Hijab

Assalamu'alaikum.

I know this is a sensitive issue among women. Saya tahu. Bila berkaitan dengan isu yang satu ini. Ramai hati  yang akan 'tersentuh' dengan perkaitan ini. Saya tahu. Walau ramai yang tidak memperkatakan secara terang-terangan akan bidasan mereka. Isu ini merupakan antara isu yang bukan menjadi kegemaran mereka. Saya tahu.

Kerana apa saya tahu? Kerana saya juga seorang perempuan.

Ramai kawan-kawan saya yang masih belum berhijab tetapi seorang yang sopan yang baik hati yang pemurah yang ramah yang tidak sombong dan sangat 'manis' orangnya sebagai seorang wanita. Dan saya juga punyai kawan-kawan yang berhijab tetapi kurang 'manis' perilakunya. Dan saya juga punyai ramai kawan-kawan yang berhijab dan punyai perilaku yang sangat 'manis' orangnya. Ya. Dan saya tidak tipu! Orang-orang kesayangan saya juga terdiri di kalangan mereka yang masih belum berhijab. Saya sayang mereka sebab mereka antara manusia yang ikhlas pernah saya temui.

Bila ada sesetengah pihak yang menuduh wanita yang tidak berhijab ini dengan lemparan yang bukan-bukan bahasanya. Saya rasa marah dan sangat tidak bersetuju dengan dakwaan mereka. Mungkin niat mereka ini bagus. Mengajak saudara seagama menuju sesuatu perubahan yang baik. Itu sangat-sangat saya sokong. Tetapi apa yang tidak saya senangi adalah melalui pendekatan yang mereka buat. Penggunaan bahasa yang tidak molek? Dakwah yang dipengaruhi oleh rasa amarah? Mengutuk dan merendah-rendahkan manusia lain? Itukah cara-cara yang cantik dan berhikmah? Ini yang saya pertikaikan.

Saya pernah jumpa hamba Allah yang masih belum berhijab. Tetapi akhlak nya sungguh cantik. Selalu bangun satu pertiga malam untuk tahajjud dan sebagainya. Nah! Siapa kata wanita yang masih belum berhijab ini tidak setia dengan Tuhan nya? Siapa kata wanita yang masih belum berhijab ini tidak tahu selok-belok agama? Cuma mereka harus selalu diberi galakkan dan semangat. Bukan diberi tohmahan dan kutukan. Bukan yang itu sewajarnya.

Salah seorang wanita 'manis'  yang masih belum berhijab yang saya kenali pernah mengadu kepada saya suatu ketika dahulu bahawa dia tidak punyai kekuatan untuk berhijab. Dia pernah cuba untuk berubah tetapi ahli keluarganya mempertikaikan usaha itu. Malah merendah-rendahkan perubahannya itu. Sulit kan kalau kita berada di tempat dia? Melakukan perubahan kepada yang lebih baik itu sangat lah susah. Untuk istiqamah dalam melaksanakan perubahan itu tersangatlah susah. Disebabkan itu seseorang yang ingin berubah haruslah dibantu, dipuji, diberi galakkan dengan kata-kata semangat yang indah dan sopan.

"Sesungguhnya kata-kata yang indah bahasanya itu dapat menggerakkan sekeping hati yang keras menjadi lembut"

Pernah dengar bukan? Kita taktahu apa yang ada dalam hati manusia. Kita taktahu apa yang manusia lain sedang hadapi. Kerana kita bukan Tuhan. Kita ni cuma hamba yang terhasil dari seketul tanah yang hina. Yang dikutip menjadi seorang makhluk yang sempurna. Kalau betul niat kita untuk melihat orang-orang kesayangan kita berubah kepada yang lebih baik. Berdoalah untuk mereka. Berdoa supaya mereka diberi kekuatan hati dan kejituan semangat yang tinggi untuk berubah.

Dan kepada semua muslimah yang masih belum berhijab yang saya sayangi sebagai saudara seagama. Anda merupakan wanita-wanita molek yang sangat disayangi oleh Tuhannya. Kerana itu Allah Maha Pengampun Maha Penyanyang. Dan kerana itu jugalah Allah memberikan keistimewaan kepada wanita-wanita untuk masuk ke syurga dari mana-mana pintu sekiranya beliau menjaga kehormatan dirinya. Yang keji itu dosa. Bukan diri kita. Anda masih belum terlambat wahai bakal-bakal bidadari syurga! :)

"Aku secara peribadi,bila melihat Hawa yang benar-benar menjaga auratnya,segan memandang lama,ada aura ketenangan dalam rasa hormat padanya."
Dr Anwar Fazal 

Saya juga belum mampu untuk berhijab dengan sempurna. Banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Sama-sama kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ini inshaa Allah.

May Allah bless writer and readers. Amin.

:)


Susah kan?
Sesak kan?
Letih kan?
Penat kan?
Payah kan?
Rumit kan?

Walau macam mana banyak 'kan' dalam kitaran itu
Walau macam mana banyak duri dalam proses itu
Walau macam mana banyak pahit dalam lorong itu
Walau macam mana banyak sakit dalam dunia itu
Tapi janji Allah itu tetap pasti
Kan?

Saya di sini bila awak di sini
Saya di sana bila awak di sana
Saya beriringan bila awak mengiringi
Saya bersebelahan bila awak di sebelah
Saya kuat bila awak kuat
Saya jatuh bila awak jatuh
Saya optimis bila awak optimis
Saya pesimis bila awak pesimis
Tapi janji Allah itu tetap pasti
Kan?

If it's meant to be. It will be no matter what happen.
Usaha. Doa. Tawakkal. Redha.
Kan?

:)

Saturday, May 11, 2013

Pernah tak?

Assalamu'alaikum.

Pernah tak rasa yang seseorang itu cuma difikirkan sebagai seorang kawan tapi end up sebaliknya?
Pernah tak rasa yang seseorang itu tak mungkin menjadi sebahagian dari kita tapi end up sebaliknya?
Pernah tak rasa something yang unexpected turn out menjadi realiti?
Pernah tak rasa betapa penat memegang prinsip baru dalam hidup tapi perlu paksa diri untuk kuat?
Pernah tak rasa betapa tak terfikir oleh akal untuk menghadapi segala macam ujian hanya kerana memegang sebuah prinsip?
Pernah tak rasa keliru bahawa ujian-ujian itu sebagai suatu petanda dari Tuhan atau sebagai suatu medium memperkuatkan sesebuah ikatan?
Pernah tak rasa keliru untuk membuat pilihan yang mana harus diutamakan dahulu?
Pernah tak rasa perasaan menjadi lebih kuat setelah semuanya berlalu?
Pernah tak rasa perasaan inshaa Allah he's/she's the one?

Manusia punyai hati.
Hati itu dalamnya terdapat konflik emosi.
Jika terlalu pegang kepada hati.
Nescaya hati menjadi buta.
Jika terlalu pegang kepada perspektif kasar
Nescaya si batil gagal kita fahami
Maka dengan apa perlu kita pacakkan pegangan?
...
Allah kan ada
Senyum lah!

Usaha. Doa. Tawakkal. Pasrah.

"Cinta itu menguatkan. Bukan melemahkan." - Hamka.

May Allah bless writer and readers. Amin.

Surah Al-Kahf

Assalamu'alaikum.

Disebabkan hari ini ialah hari jumaat. Adik nak kongsi sedikit ilmu berkaitan dengan surah Al-Kahf ya. Tak salah kan? :)



Ever wondered why Prophet Muhammad (SAW) asked us to recite Surat Al-Kahf every Friday?

This surah has four stories in it, having some morals, lets see them and understand what they are saying to us:
1) The people of the cave
It's the story of young men who lived in a disbelieving town, so they decided to migrate for the sake of Allah and run away. Allah rewards them with mercy in the cave and protection from the sun - they woke up and found the entire village believers. 
Moral: trial of faith

2) The owner of two gardens
A story of a man whom Allah blessed with two beautiful gardens, but the man forgot to thank the one who blessed him with everything and he even dared to doubt Allah regarding the afterlife. So his garden was destroyed - he regretted ,but was too late and his regret did not benefit him.
Moral: trial of wealth

3) Musa(as) and Khidr(as)
When musa(as) was asked-“who’s the most knowledgeable of the people of earth?”” Musa(as) said: me…,but Allah revealed to him that there’s someone who knows more than him. Musa(as) traveled to the man and learned how the divine wisdom can sometimes be hidden in matters which we perceive as bad.
Moral: trial of knowledge

4) Dhul-qarnayn
It's a story of the great king that was given knowledge and power and was going around the world,helping people and spreading all that’s good. He was able to overcome the problem of Yajooj-Majooj and build a massive dam with the help of people whom he could not even understand.
Moral: trial of power

In the middle of the surah Allah mentions iblees as the one who stirs these trials:
Behold! we said to the angels “bow down to adam”: they bowed down except iblis. he was one of the jinns, and he broke the command of his lord. will ye then take him and his progeny as protectors rather than me? and they are enemies to you! evil would be the exchange for the wrongdoers!

Now let us see what’s the relationship between surat al-kahf and the dajjal (anti-christ)? 
Dajjal will appear before day of judgement with the 4 trials: 
  • He’ll ask people to worship him and not Allah: trial of faith.
  • He’ll be given powers to start/stop rain and tempt people with his wealth: trial of with his wealth.
  • He’ll trial people with the “knowledge” and news he gives them: trial of knowledge.
  • He’ll control huge parts of the earth: trial of power.

How to survive these trials? The answers are in Surat Al-Kahf:
Survival kit 1: Good companionship
“and keep thy soul content with those who call on their lord morning and evening, seeking his face; and let not thine eyes pass beyond them, seeking the pomp and glitter of this life; no obey any whose heart we have permitted to neglect the remembrance of us, one who follows his own desires, whose case has gone beyond all bounds.” (Surat al-kahf, verse 28)
Survival kit 2: Knowing the truth of this world 
“set forth to them the similitude of the life of this world: it is like the rain which we send down from the skies: the earth’s vegetation absorbs it, but soon it becomes dry stubble, which the winds do scatter: it is (only) Allah who prevails over all things”  (Surat al-kahf, verse 45)
Survival kit 3: Humbleness.
[Moses] said, "You will find me, if Allah wills, patient, and I will not disobey you in [any] order." (Surat al-kahf, verse 69)
Survival kit 4: Sincerity.
“say: “i am but a man like yourselves, (but) the inspiration has come to me, that your Allah is one Allah  whoever expects to meet his lord, let him work righteousness, and, in the worship of his lord, admit no one as partner.” (Surat al- kahf, verse 110)
Survival kit 5: Calling to Allah.
“and recite (and teach) what has been revealed to thee of the book of thy lord: none can change his words, and none wilt thou find as a refuge other than him.” (surat al-kahf, verse 27)
Survival kit 6: Remembering the Hereafter.
“ one day we shall remove the mountains, and thou wilt see the earth as a level stretch, and we shall gather them, all together, nor shall we leave out any one of them. and they will be marshalled before thy lord in ranks, (with the announcement), “now have ye come to us (bare) as we created you first: aye, ye thought we shall not fulfil the appointment made to you to meet (us)!”: and the book (of deeds) will be placed (before you); and thou wilt see the sinful in great terror because of what is (recorded) therein; they will say, “ah! woe to us! what a book is this! it leaves out nothing small or great,but takes account thereof !” they will find all that they did, placed before them: and not one will thy lord treat with injustice.” (surat al-kahf, verses 47-49)

Cited from tumblr ini.

Memang surah Al-Kahf tu panjang. Tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Kalau kena paksa diri untuk habiskan bacaan pun takpe. Para ulama' pesan kalau dengan paksaan dapat merubah diri menjadi lebih baik. Apa salahnya? Try amalkan sejengket-sejengket kalau baru nak istiqamah. Perlahan-lahan kayuh. Inshaa Allah benda baik pasti Allah bantu! ;)

May Allah bless writer and readers. Amin.

Fake atau original?

Assalamu'alaikum.

Selalu kan dengar orang cakap kalau nak jadi baik, berkawan lah dengan orang-orang baik dan sebaliknya. Sebab tu kalau perasan lah kan. Ada sesetengah mak bapak sangat teliti dengan siapa anak-anak mereka berkawan. Mungkin bukan sesetengah. Tapi kebanyakkan mak bapak. Sebab apa? Sebab mak bapak ni fitrahnya memang nak yang terbaik untuk anak-anak. Makanya. Dorang taknak lah anak-anak dorang ni berkawan tak tentu hala dengan entah-siapa-siapa-entah alkisahnya lah. Bila difikirkan balik secara logiknya pun memang betul kot. Ok kita ringkaskan cerita. Kawan baik kau ni memang jenis suka mengutuk orang tak hengat dunniyyaaaa. Dan kalau dah hari-hari dengar dia mengutuk si polan dan si polan ini dengan kentalnya. Kau tak rasa yang secara langsung ke tak langsung ke dengan kau-kau sekali akan menjadikkan mengutuk secara kental itu sebagai habit. Let say lah kau jenis tak suka nak mengutuk orang. Logiknya lah kan. Kau rasa kau boleh tahan ke dengan perangai dia nan satu tu? Paling tidak pun kau akan tegur perangai dia yang kurang senonoh tu. Tak pun paling selamat terus rasa malas nak berkawan dengan orang macam ni sebab kau pun bukan jenis suka nak mengutuk orang sangat. Come on lah. Memang fitrah manusia akan selesa berkawan dengan manusia yang punyai ragam yang sama dengan dia. Memang tak nafikan ada je dari kalangan kita yang sabar melayan perasaan menahan ragam-ragam manusia yang tak sama ragam dengan dia. Oh ini dalam konsep persahabatan ya. Bukan perhubungan. Perhubungan tu dah lain rencah sikit. Tak boleh campur aduk nanti jadi nasi campur. Eh? Ok di mana kita tadi??

Bagi yang sabar melayan kepala kawannya yang bengong. Biasanya persahabatan macam ni dia punya manisnya tu kurang. Masam masam manis lah senang cerita. Ikatan kekimiaan dan keserasian tu ada 'leak' sikit. Macam bebola yang ada caj negatif dan bertemu dengan bebola yang juga punyai caj negatif. Hasilnya bebola tu melantun balik atau bahasa antarabangsa dipanggil sebagai 'repulsion'. Hamboi kemain.. Kalau bahasa kasar maknanya persahabatan tu jadi 'fake'. Sebab apa adik cakap fake? Kalau betul kau sayang kawan kau. Apa yang tidak betul pasti kau mahu betulkan. Bukan hanya sabar mengikut apa saja yang si bengong tu buat dan kita pula diam berpeluk tubuh. Pernah dengar tak ayat comel ni?

A true friend cares like a mom,
Scolds like a dad,
Teases like a sister,
Irritates like a brother,
And loves more than a lover.

Paham kan apa yang cuba adik nak sampaikan ni? Kalau tak paham lagi, cuba baca ayat ni pulak.

"Untuk menjadi si optimis. Bergaullah dengan mereka-mereka yang punyai caj positif dalam diri."

Ok dah paham kan? Bagus.

* I do have my true friends/my bffs'/my girlfriends and I feel grateful :')


May Allah bless writer and readers. Amin.

Friday, May 10, 2013

Cebisan #1



Tuhan nampak segala-galanya
Tuhan tahu untuk semuanya
Tuhan rasa apa adanya
Tuhan mengerti akan pahitnya
Tuhan beri setiap manisnya
Tuhan ada tetap di situ
Tak pernah berganjak walau seinci langkah

Jangan pernah lupa kita ada Perancangnya
Jangan pernah lupa pasaknya rukun iman keenam itu
Jangan pernah lupa takdir Ilahi merentang seluasnya
Jangan pernah lupa itulah si realistik yang hakiki

Lontarkan apa yang membelenggu diri
Apa yang mengunci hati
Sujud terus menyembah bumi
Mengagungi kekuasaan Yang Satu
Takkan jatuh hatta rebah tersungkur 
Kerana tahu Tuhan itu ada
Sentiasa ada..

Maniskan senyumanmu ayuh
Sebarkan kasih sayangmu
Kerna pasti ada yang menanti
Pasti!



May Allah bless writer and readers. Amin.