Assalamu'alaikum.
Husnuzon. Ayat yang paling senang untuk diterjemahkan ialah berbaik sangka.
Susah sebenarnya untuk sentiasa mindset dalam kepala otak ni untuk bersangka yang molek-molek terhadap sesuatu perkara. Susah sebenarnya bagi aku. Bila mana terpaksa berperang dengan macam-macam rasa yang tidak baik dalam hati. Dan terpaksa kental kan fikiran kuatkan hati supaya bersangka yang baik-baik sahaja. Itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk aku. Mungkin ada di kalangan kita yang halus jiwanya. Dan husnuzon ialah sesuatu perkara yang ringkas bagi nya bukan? Subhanallah. Cemburu betul aku..
Ada waku-waktu nya bila mana agak mudah laluan untuk bersikap husnuzon. Tapi ada waktu-waktu nya juga bila mana sifat ini teruji sungguh. Lalu menghasilkan kerunduman mood yang tidak bagus. Sangat tidak bagus. Perempuan bukan? Huhu.
Walau macam mana pun. Makin rasa diri sendiri dah semakin tua. Perangai budak-budak tu cuba untuk tidak didominasikan dalam diri. Cuba. Sedang cuba. Macam mana berperang nya emosi dan perasaan-perasaan yang tidak baik dalam hati. Cuba untuk berbaik sangka jugak akhirnya. Sentiasa cuba untuk itu. Ya sedang cuba. Dan moga Tuhan sentiasa lindungi hati dari perasaan-perasaan yang tidak baik juga sentiasa bersedia untuk bersikap husnuzon selalu. Inshaa Allah.
Kita kuat bukan sebab kita yang kuat. Kita kuat sebab adanya Allah.
May Allah bless writer and readers. Amin.
No comments:
Post a Comment