Sulit sekali
Kadang-kadang bertanya pada diri
Mampu kah aku?
Kuat kah aku?
Kadang-kadang persoalkan keupayaan diri
Tinggi kah semangat aku?
Masih tinggi kah ia?
Sulit sekali..
Bila berbagai-bagai ranjau nya ujian itu
Kadang-kadang terasa mahu berhenti melangkah
Kadang-kadang terasa mahu menyerah kalah
Kadang-kadang terasa mahu menyimpul mati untaian janji
Kerana terbeban dengan penatnya menanggung perasaan
Kerana teruji seberapa tingginya kesabaran diri
Sabar
Tuhan menduga kerana Dia tahu kemampuan diri
Walau ada kalanya terasa kesabaran itu sudah dihujung tanduk si kerbau
Masih
Sabar itu tetap tersemat dalam diri
Masih
Di situ ia tetap berpenghuni
Masih..
Tidak mengapa kata si akal
Teruskan langkah mu kata si hati
Tuhan sayangkanmu kata si iman
La' tahzan innallaha ma'ana
Kata si gadis
...
May Allah bless writer and readers. Amin.

No comments:
Post a Comment