Monday, May 13, 2013

Hijab

Assalamu'alaikum.

I know this is a sensitive issue among women. Saya tahu. Bila berkaitan dengan isu yang satu ini. Ramai hati  yang akan 'tersentuh' dengan perkaitan ini. Saya tahu. Walau ramai yang tidak memperkatakan secara terang-terangan akan bidasan mereka. Isu ini merupakan antara isu yang bukan menjadi kegemaran mereka. Saya tahu.

Kerana apa saya tahu? Kerana saya juga seorang perempuan.

Ramai kawan-kawan saya yang masih belum berhijab tetapi seorang yang sopan yang baik hati yang pemurah yang ramah yang tidak sombong dan sangat 'manis' orangnya sebagai seorang wanita. Dan saya juga punyai kawan-kawan yang berhijab tetapi kurang 'manis' perilakunya. Dan saya juga punyai ramai kawan-kawan yang berhijab dan punyai perilaku yang sangat 'manis' orangnya. Ya. Dan saya tidak tipu! Orang-orang kesayangan saya juga terdiri di kalangan mereka yang masih belum berhijab. Saya sayang mereka sebab mereka antara manusia yang ikhlas pernah saya temui.

Bila ada sesetengah pihak yang menuduh wanita yang tidak berhijab ini dengan lemparan yang bukan-bukan bahasanya. Saya rasa marah dan sangat tidak bersetuju dengan dakwaan mereka. Mungkin niat mereka ini bagus. Mengajak saudara seagama menuju sesuatu perubahan yang baik. Itu sangat-sangat saya sokong. Tetapi apa yang tidak saya senangi adalah melalui pendekatan yang mereka buat. Penggunaan bahasa yang tidak molek? Dakwah yang dipengaruhi oleh rasa amarah? Mengutuk dan merendah-rendahkan manusia lain? Itukah cara-cara yang cantik dan berhikmah? Ini yang saya pertikaikan.

Saya pernah jumpa hamba Allah yang masih belum berhijab. Tetapi akhlak nya sungguh cantik. Selalu bangun satu pertiga malam untuk tahajjud dan sebagainya. Nah! Siapa kata wanita yang masih belum berhijab ini tidak setia dengan Tuhan nya? Siapa kata wanita yang masih belum berhijab ini tidak tahu selok-belok agama? Cuma mereka harus selalu diberi galakkan dan semangat. Bukan diberi tohmahan dan kutukan. Bukan yang itu sewajarnya.

Salah seorang wanita 'manis'  yang masih belum berhijab yang saya kenali pernah mengadu kepada saya suatu ketika dahulu bahawa dia tidak punyai kekuatan untuk berhijab. Dia pernah cuba untuk berubah tetapi ahli keluarganya mempertikaikan usaha itu. Malah merendah-rendahkan perubahannya itu. Sulit kan kalau kita berada di tempat dia? Melakukan perubahan kepada yang lebih baik itu sangat lah susah. Untuk istiqamah dalam melaksanakan perubahan itu tersangatlah susah. Disebabkan itu seseorang yang ingin berubah haruslah dibantu, dipuji, diberi galakkan dengan kata-kata semangat yang indah dan sopan.

"Sesungguhnya kata-kata yang indah bahasanya itu dapat menggerakkan sekeping hati yang keras menjadi lembut"

Pernah dengar bukan? Kita taktahu apa yang ada dalam hati manusia. Kita taktahu apa yang manusia lain sedang hadapi. Kerana kita bukan Tuhan. Kita ni cuma hamba yang terhasil dari seketul tanah yang hina. Yang dikutip menjadi seorang makhluk yang sempurna. Kalau betul niat kita untuk melihat orang-orang kesayangan kita berubah kepada yang lebih baik. Berdoalah untuk mereka. Berdoa supaya mereka diberi kekuatan hati dan kejituan semangat yang tinggi untuk berubah.

Dan kepada semua muslimah yang masih belum berhijab yang saya sayangi sebagai saudara seagama. Anda merupakan wanita-wanita molek yang sangat disayangi oleh Tuhannya. Kerana itu Allah Maha Pengampun Maha Penyanyang. Dan kerana itu jugalah Allah memberikan keistimewaan kepada wanita-wanita untuk masuk ke syurga dari mana-mana pintu sekiranya beliau menjaga kehormatan dirinya. Yang keji itu dosa. Bukan diri kita. Anda masih belum terlambat wahai bakal-bakal bidadari syurga! :)

"Aku secara peribadi,bila melihat Hawa yang benar-benar menjaga auratnya,segan memandang lama,ada aura ketenangan dalam rasa hormat padanya."
Dr Anwar Fazal 

Saya juga belum mampu untuk berhijab dengan sempurna. Banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Sama-sama kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ini inshaa Allah.

May Allah bless writer and readers. Amin.

No comments: