Tuhan nampak segala-galanya
Tuhan tahu untuk semuanya
Tuhan rasa apa adanya
Tuhan mengerti akan pahitnya
Tuhan beri setiap manisnya
Tuhan ada tetap di situ
Tak pernah berganjak walau seinci langkah
Jangan pernah lupa kita ada Perancangnya
Jangan pernah lupa pasaknya rukun iman keenam itu
Jangan pernah lupa takdir Ilahi merentang seluasnya
Jangan pernah lupa itulah si realistik yang hakiki
Lontarkan apa yang membelenggu diri
Apa yang mengunci hati
Sujud terus menyembah bumi
Mengagungi kekuasaan Yang Satu
Takkan jatuh hatta rebah tersungkur
Kerana tahu Tuhan itu ada
Sentiasa ada..
Maniskan senyumanmu ayuh
Sebarkan kasih sayangmu
Kerna pasti ada yang menanti
Pasti!

No comments:
Post a Comment