Thursday, May 30, 2013

Putus cinta

Assalamu'alaikum.

Alkisahnya ni tengah baca kitab terfaktab versi nakal tapi halal. Masuk pulak bab putus cinta oleh lord zara. Dan tidak semena-mena tetiba mood nak menulis tu datang. Terus on laptop cucuk 'berukben' bukak chrome klik toolbar entitled jasmine dan kita mulakan bicara dengan segala pujian untuk Yang Esa inshaa Allah.

Putus cinta.

Siapa pernah putus cinta sila angkat tangan?
*angkat tangan angkat kaki

Aku rasa lah kan kalau bagi survey pasal 'kau pernah putus cinta atau tak?' dekat pemuda pemudi harapan bangsa yang sebaya dengan aku. Inshaa Allah 8/10 tu akan tick kotak tertera dengan perkataan PERNAH. Kan? Senang cerita lah kan. Putus cinta ni dah macam asam dan garam kehidupan kita. Benda yang biasa dan tak pelik pun untuk kita. Cuma bak kata cik sofia nin dari skuad terfaktab

"Kebarangkalian untuk cerita cinta yang sama persis itu 0.0000001%"

Nah! Ini aku setuju sangat. Bagi aku. Kau tak boleh nak sama kan derita putus cinta kawan kau dengan kau walaupun cerita korang lebih kurang sama plotnya. Sebab apa? Sebab setiap manusia ni tak sama kekuatan dalaman dia. Tak sama aturcara perjalanan hidupnya. Tak sama prinsip hidupnya. Kita mungkin boleh bagi semangat bagi harapan. Tapi jangan sesekali cuba untuk 'mengsamakan' perasaan kau dengan perasaan kawan kau. Bagi kau mungkin cerita dia itu cuma picisan je dari kisah kau yg perih likunya. Dugaan setiap orang ni berkisar kepada kekuatan dia. Itu yang kita kena ingat selalu.

Dan bagi yang tengah mengalami fasa putus cinta pada waktu sekarang. Nah sayang. Ini untuk kamu ya :)

Tuhan sayangkan mu
Tuhan cintakan mu
Tuhan kasihkan mu
Tuhan ingin jagai mu
Tuhan ingin selamatkan mu
Tuhan ingin lindungi mu
Tuhan ingin tempatkan mu di taman syurgaNya
Tuhan ingin pasakkan mu di singgahsana terindahNya
Tuhan ingin letakkan mu di permaidani suteraNya

Hayunkan langkahmu wahai bakal bidadari syurgaNya
Percaya apa berlakunya kerana apa adanya kamu wahai wanita solehahNya
Untuk mendapat pelangi perlu ditempuh ributnya awanan bukan?
Untuk mencipta potret keindahan abadi perlu ditepis luluhnya hati insani bukan?
Putus cinta itu bukan titik aturcara penamat bahkan pembuka kata takdir bukan?
Senyumlah wahai mawar-mawar berduri
Senyumlah sayang senyumlah..


Untuk menjadi kuat itu bukan takdir tetapi pilihan. Pilihan yang cuma kita sahaja boleh tentukan.


May Allah bless writer and readers. Amin.

No comments: