Saturday, July 20, 2013

Cebisan #6

Assalamu'alaikum.




Dia..
Sang penenang hati
Sang pendamai jiwa
Sang pengubat duka
Sang penawar hempedu
Sang penglipur lara
Sang pencetus minda
Sang pencelik ilmu
Sang pelerai masalah
Sang peneutral emosi

Dia..
Ingin menjadi mata bagi si buta
Ingin menjadi telinga bagi si tuli
Ingin menjadi tangan bagi si kudung
Ingin menjadi kaki bagi si lumpuh
Ingin menjadi kekasih bagi si hati

Dia..
Pendukung suaminya
Jentera anak-anaknya
Permata ibu bapanya
Kerana..
Dia itu si Qurratun A'yun mereka


May Allah bless writer and readers. Amin.

Thursday, July 18, 2013

Rampasan

Assalamu'alaikum.

Rampasan. Sekarang ni aku bukan nak membebel pasal rampasan kuasa ke rampasan kawasan jajahan ke rampasan kapal mewah 10 bintang ke dan lain lain. Sekarang ni aku nak membebel pasal rampasan dalam istilah merampas dan dirampas. Owh sebelum itu bebelan ini takde kena mengena pun dengan cerita yang tengah hot sekarang ni atau manusia-manusia yang masih hidup atau kembali ke alam barzakh. It just my only picisan nota. Terima kasih dan selamat dibebelkan. Eh

Kategori satu is merampas.

" Hidup merampas dan dirampas ni takkan selamanya tenang weh" - girlfriend.

Kan? Let say lah dalam diri kita ni ada sedikit sifat untuk merampas 'hak' orang. Hak ni maksud aku dalam bentuk manusia ya. Lepas tu bila kau berjaya merampas 'hak' orang lain dengan penuh gilang gemilang dan terbilang. Kau tak rasa ke kau akan ada perasaan insecure dalam jiwa tu. Tak banyak sikit pon mesti ada kot. Jujur weh jujur. Sekarang ni bulan romadhoooon. Tak baik menipu tengah-tengah puasa ni tau mak kita cakap. Haaaaaaa

Kenapa aku cakap akan ada perasaan insecure? Ok macam ni. Analoginya ada satu restoran baru dekat area rumah kau. Dari luar nampak gah betoi persis golden palace horses. Dan disebabkan ke-gah-an dia tu, kau pun terhingin lah nak try makan situ. Kira macam tengah buat food hunting lah ni. Then bila dah try makan makanan dia, hati kau terbelah dua. Sebab tak sedap langsung. Pulak tu mahal gila. Rasa macam nak bom je restoran tu. Inilah yang dikatakan indah khabar dari rupa. So disebabkan ketidak-sedapan-langsung-nya dan harga yang mencekik darah, kau pun dah serik dan fobia dan traumatizeeeee. Asal lalu je depan restoran tu, automatik kau akan teringat moment-moment pahit kau bersama dia dan pengalaman pedih itu menjadikkan kau berwaspada untuk tidak masuk lagi ke dalam restoran berlagak golden palace tapi hampeh itu.

Sama jugak lah dengan perasaan insecure ni. Kau rasa insecure sebab pengalaman merampas kau tu dah menjadikkan mindset kau supaya sentiasa berwaspada. Sebab apa? Kau tahu 'hak' orang lain yang dah jadik 'hak' kau sekarang ni, kebarangkalian membuat onar dibelakang kau tu ada. Kalau dengan mudahnya dia membuat onar dan dirampas oleh kau dulu, mudah jugaklah dia nak membuat onar dan dirampas oleh orang lain pulak. Kan? Ni macam omputeh cakap what goes around comes around lah senang ceghitanya ni.

Dan kalau kau nak hidup kau tenang bahagia aman dan sentosa. Simple. Jangan buat jahat dengan orang. Buat baik takpe. Tuhan suka. No?


Kategori dua is dirampas.

Yang ni aku malas nak cakap banyak. Cuma. Kau tak rasa ke kalau pesen yang dirampas ni type-type yang 'senang'. Means dia dirampas sebab he's/she's just easy. Easy sebab apa? Pikir sendiri lah. Aku bukan pakar motivasi chenta.

*duckface


Kategori tiga is mangsa rampasan.

Kategori ni lah yang paling sakit yang paling sadis yang paling tetiap malam basah bantal dengan airmata. Yang paling dok layan lagu-lagu putus chenta doploh empat jam nonstop. Dan yang paling rasa terseksa jiwa nan raga lalu terjun katil tapi tetiba dekat lantai dah beralas dengan 10 comforter rupanya.

 Hurm sangat.

Tapi ingat satu hal. Tuhan buat kau lalui semua permasalahan rampasan ni sebab ada tujuannya. Percaya cakap aku. Ada sebabnya. Kau mungkin tak nampak sekarang tapi inshaa Allah one fine day you will see it. Clearly. And masa tu kau akan ucap syukur sebab Tuhan tempatkan kau dalam permasalahan ni dulu. Trust me sayang. Trust me. Your Lord would not put you in this kind of situation without a reason behind. He knows better. No? :)




Because I've been there once.


May Allah bless writer and readers. Amin..

Tuesday, July 16, 2013

Heart #3

Assalamu'alaikum.


Mohon mohon mohon. Tolong doakan untuk girlfriend kita supaya diperkuatkan semangat dan semoga abah beliau cepat sembuh ya?

"Semoga girlfriend hanes sentiasa kuat dan semoga abah beliau cepat sembuh dan sentiasa berada di bawah perlindunganNya. Amin"

Terima kasih sayang-sayang. Terima kasih. :')

Owh. Girlfriend kita is sangat kuat orangnya. Dan sekarang dia sedang diuji dengan ujian maha hebat. Orang-orang kesayangan Tuhan memang akan diuji hebat kan? Nah. Girlfriend kita is orang kesayangan Tuhan. Jangan cemburu tau!

Bila mana kita mendoakan untuk orang lain. Para malaikat juga akan mendoakan perkara yang sama untuk diri kita. Kan? :)

p/s : dear love. kitorang semua sayang kau. dan maaf sebab tak dapat beri pertolongan yang lebih dari sekadar satu picisan doa.. maaf..


May Allah bless writer and readers. Amin.

Monday, July 15, 2013

Life

Assalamu'alaikum.


Kalau engkau tahu tahap part buruk, part sakit seseorang itu, kau takkan pernah minta untuk jadi orang lain. 
Cuba, kita syukur. Biar mulanya hanya mulut berkata tapi mudah mudahan hati benar ikhlas. Bahagia itu bukan "luck" , engkau pilih. Kita pilih. Start dari hati. Pilihan kita. Ujian dan Sakit tu of course la ada. Hidup kot. Tapi teruskan, Allah bantu. 
Never ask Allah "i wish i could have a life like you, like her, like him." Ask Allah for the best because He knows us very well. Fullstop.
Dena Bahrin 


"Kalau engkau tahu tahap part buruk, part sakit seseorang itu, kau takkan pernah minta untuk jadi orang lain"

This.

Mungkin kita cuma nampak luaran saja. Nampak yang indah-indah saja. Nampak yang bahagia-bahagia saja. Tapi kita kena selalu ingat yang hidup ni macam nyahtinja si cicak. Yang ada warna hitam warna putih. Yang macam keadaan cuaca sekarang. Kejap hujan kejap mendung kejap panas. Cuma satu. Ada sesetengah manusia daripada kita ni, dorang lebih suka simpan sakit nya, payah nya, perit nya, sesak nya hidup dorang. You even didn't expect that things were happened in their life sometimes.

Ingat satu hal.

Hidup kena teruskan walau macam mana payah. Kena survived walau macam mana sakit. Kena lalui nya jugak. Kena hadapi nya jugak. Itu life's rule.

Dan ingat satu hal.

Pertolongan Allah itu sentiasa dekat dengan kita.


May Allah bless writer and readers. Amin.

Thursday, July 11, 2013

Aku rindu

Assalamu'alaikum.


Sukmaku bersuara
Rinduku padamu berbicara
Kadang lepas di hati sayu
Kadang dalam jiwa rasa pilu
Bertanya mengapa kita tidak saja bersatu

Kadang tidak tertahan
Kadang rasa mahu dilepaskan
Tetapi tahu akhlak masih menjadi batasan
Tinggal aku rindu
Sungguh aku memerlukan belas dan kasihan

Kadangkala air mata seperti mahu mengalir
Rasa tidak lagi mampu bertahan
Takut nanti tersungkur dalam dugaan
Sungguh aku memerlukan kekuatan

Wahai kasihku
Apakah engkau punya jawapan?

________________________________________________________

Oh cintaku
Janganlah engkau dipeluk kelemahan

Rindulah aku dalam doamu
Dalam langkah ketaatanmu kepada-Nya
Biar dia yang mengawal rindu ini
Agar kekal dalam batasan-Nya

Aku tidak akan lari
Di sini aku sedia menanti
Engkau turun dari mempersiapkan diri
Menjemputku pada hari yang sama kita nanti
Datanglah dengan pakaian Ilahi yang kau sedang sulami

Sabar agar tiada cacat celanya nanti
Luahlah rindumu dengan pelbagai amalan kebaikan
Agar Tuhan kita mencurahkan keberkatan
Sibukkan dirimu wahai saktiku
Agar nanti engkau tidak lemah kala memimpinku


Hilal Asyraf.
Sebelum Aku Bernikah.


Cantik kan?
Salah satu puisi kegemaran saya daripada buku SAB :)


Rindu itu indah
Cuma cara pengungkapan setiap insan itu berbeza
Rindu itu tiada celanya tiada salahnya
Cuma cara pentaksiran itu seeloknya harus murni suci
Rindu itu ubat
Cuma cara yang terpilih mampu menyembuh luka

May Allah bless writer and readers. Amin.

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan 1434H

Assalamu'alaikum.


Ana Muslim feat Raihan
Sambut Ramadhan

Bulan apakah yang penuh kemuliaan?
Buuuulan Raaamadhaaannnn
Di bulan apakah puasa diwajibkan?
Buulan Raamadhaannnn

Marilah kita sambut kedatangan
Bulan suciiii Ramadhan dengan hati gembiiiraaaaa
Hilangkanlah kesedihan kegundahan
Di hatimuu dan juga kegeliiisaahaaannnn

Wah menyanyi pulek adik
Happy fasting everyone! yeay! XD
Dan selamat meng'grab' seberapa banyak amalan yang mampu kita buat dalam bulan suci ini
Ramadhan terakhir kita mungkin?
Who knows :)

p/s : adik si comel yang pakai baju dan tudung pink tanpa spek mata tu ya. xoxo

May Allah bless writer and readers. Amin.

Thursday, July 4, 2013

Reclaim your heart

Assalamu'alaikum.



Reclaim Your Heart
Yasmin Mogahed
Malaysia, April 16 2013

You MUST watch this video.
A very very very WORTH to watch.
Highly recommended  ><

"You can get through your hardship with this kind of feeling we called as 'peace'. IF ONLY. You're the believer."

p/s : She's one of my favorite motivator :)

May Allah bless writer and readers. Amin.

Monday, July 1, 2013

Anthem

Assalamu'alaikum.


Masa pergi pesta buku shah alam hari tu memang aim nak carik novel baru hlovate, anthem. Dan alhamdulillah dapat. Dan alhamdulillah jugak dok perghabis duit dekat 100 jugak lah. Padehal pergi sana cuma nak carik anthem dengan asrama by fixi je. Tak senonoh betul :3

Apa itu anthem?

Apa 'anthem' kau? Apa 'anthem' dia? Apa 'anthem' kita?

Mengikut kamus dwibahasa oxford fajar. 'Anthem' itu bermaksud lagu kebangsaan/ lagu negeri/ lagu yang dinyanyikan dalam upacara keagamaan.

Hah kau jangan tak tahu aku tengah pegang kamus oxford dekat tangan sekarang ni. Gigih tak gigih aku nak dok terangkan anthem tu apa. Sila lah terharu. Hurm

Shahadatul haq. Wah istilah apa pulak ni? Dan malangnya istilah ni takde dalam kamus oxford ya sebab itu nama buku sebenarnya. Kahkahkah ok ok tak kelakar pun. Mesti korang tertanya-tanya kan dah kenapa dari anthem tetiba pergi ke buku nama shahadatul haq ni. Ye dak? Suspen tak suspen tak? Rasa tak sabar-sabar lalu membuahkan perasaan complicated di sanubari dan menghasilkan bait-bait curious yang tersangat detail tak sekarang ni? Ok ok chill chill. Aku nak kabor lah ni. CUBA SABAU SIKIT JADIK ORANG.

Wah tetiba nak acah-acah marah pulek.

*kekelip mata

Mengikut apa yang cuba disampaikan dalam penulisan hlovate ni. Anthem kita as a muslim ni sebenarnya ialah shahadah kita. Deep kan? Kenapa hlovate cakap cenggitu? Ok aku nak tanya. Perasan tak kalau dalam sehari tu, berapa kali kita lafazkan shahadah kita dalam solat? Kalau seminggu tu berapa banyak? Kalau dalam masa sebulan tu berapa bilangannya? Kalau setahun? Dan kalau macam aku yang sweet-fourteen-always ni agak agak berapa dozen dah? Tapi bagi aku gelak kejap.. KAHKAHKAH ok.

Hah mesti tak perasan kan? Sebab aku pun tak perasan yang sebenarnya memang dah terlampau banyak kita sebutkan shahadah ni. Baca novel anthem ni baru perasan. Ke korang memang dah perasan selama ni? Kira nya aku je lah ni yang baru nak sedar diri? Oh malunya adik.. TT

"Sahaja aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melain Allah. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah"

Pernah tak kita cuba pahamkan apa erti disebalik dua ayat ni? Aku tak tahu lah kenapa bila aku baca aje novel anthem. Aku rasa sebenarnya besar sungguh erti disebalik dua potong kalimah ni. Like seriously. Kenapa? Ok macam ni. Cuba kau tenung tenung pandang pandang dan menjeling menjeling ku bertentaaaanngg mata kita sama memandaaangggg eh?

Sedar tak yang bila kita lafazkan je kalimah pertama tu. Automatik kita dah berjanji yang kita ni akan ikut semua perintah Tuhan kita dan tinggalkan laranganNya. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.  Nah! Ayat ni je dah membuktikan yang kita percaya Allah itu Yang Satu, tidak beranak dan diperanakkan. Percaya yang setiap perkara buruk atau baik itu datang dari Allah. Percaya yang setiap kebaikan itu ada ganjarannya dan setiap keburukan yang kita buat itu ada balasannya. Percaya yang Allah itu satu-satunya yang Maha Berkuasa. No?

Muhammad itu pesuruh Allah. Sekali kita lafazkan je, detik itu jugak lah kita dah percaya yang Rasulullah itu kesayangan Allah. Rasulullah itu rasul terakhir. Rasulullah itu ialah contoh teladan yang Allah turunkan untuk kita dalam bentuk manusia. Rasulullah itu sebaik-baik sifatnya manusia kan? Percaya setiap apa yang Rasulullah ajarkan untuk kita, umatnya itu sesuatu yang disukai Allah. Percaya apa yang Rasulullah benci itu adalah apa yang dibenci oleh Allah. No?

Shahadatul haq. Buku yang ditulis oleh Sheikh Al-Maududi ni berkisar tentang perlaksanaan shahadah kita. Perbuatan itu tidak semudah lisan yang dituturkan. Itu yang ditekankan oleh uncle Maududi ni sebenarnya. Tapi betul lah kot. Kita dok sebut hari-hari dalam solat. Tersangat lah mudah. Tapi nak betul-betul melaksanakan erti disebalik kalimah shahadah ni, payah betul. Lagi-lagi macam aku yang iman atas pagar ni. Bila baca anthem ni, sentap tak sentap lah jugak kan. Sobs.

Dan apa kata kita try ubah persepsi kita bila mana cakap aje pasal kalimah shahadah ni, bukan semata menunjukkan yang kita ni seorang islam. Tapi juga cuba untuk menjadi seseorang yang 'besar' disebalik kalimah shahadah yang punyai erti yang 'besar' juga.

Orang yang punyai hati yang 'besar' biasanya punyai peribadi yang 'besar'. No? :)

"Anthem aku ialah shahadah ku"

May Allah bless writer and readers. Amin.

Again and again

Assalamu'alaikum.




Again and again
Yozoh
Ost Love Rain


Dan lagu ini jugak lagu kesayangan sebab dia comel. Senang cerita semua lah lagu dekat love rain :3


May Allah bless writer and readers. Amin.

Because its you

Assalamu'alaikum.




Because its you
Tiffany Snsd
Ost Love Rain


Favorite jugak sebab sedih sangat lirik dia. lol

May Allah bless writer and readers. Amin.

Love rain

Assalamu'alaikum.



Love rain
Jang Geun Suk
Ost Love Rain


Favorite movie. Favorite actor. Favorite actress. Favorite saya. :)

May Allah bless writer and readers. Amin.