Masa pergi pesta buku shah alam hari tu memang aim nak carik novel baru hlovate, anthem. Dan alhamdulillah dapat. Dan alhamdulillah jugak dok perghabis duit dekat 100 jugak lah. Padehal pergi sana cuma nak carik anthem dengan asrama by fixi je. Tak senonoh betul :3
Apa itu anthem?
Apa 'anthem' kau? Apa 'anthem' dia? Apa 'anthem' kita?
Mengikut kamus dwibahasa oxford fajar. 'Anthem' itu bermaksud lagu kebangsaan/ lagu negeri/ lagu yang dinyanyikan dalam upacara keagamaan.
Hah kau jangan tak tahu aku tengah pegang kamus oxford dekat tangan sekarang ni. Gigih tak gigih aku nak dok terangkan anthem tu apa. Sila lah terharu. Hurm
Shahadatul haq. Wah istilah apa pulak ni? Dan malangnya istilah ni takde dalam kamus oxford ya sebab itu nama buku sebenarnya. Kahkahkah ok ok tak kelakar pun. Mesti korang tertanya-tanya kan dah kenapa dari anthem tetiba pergi ke buku nama shahadatul haq ni. Ye dak? Suspen tak suspen tak? Rasa tak sabar-sabar lalu membuahkan perasaan complicated di sanubari dan menghasilkan bait-bait curious yang tersangat detail tak sekarang ni? Ok ok chill chill. Aku nak kabor lah ni. CUBA SABAU SIKIT JADIK ORANG.
Wah tetiba nak acah-acah marah pulek.
*kekelip mata
Mengikut apa yang cuba disampaikan dalam penulisan hlovate ni. Anthem kita as a muslim ni sebenarnya ialah shahadah kita. Deep kan? Kenapa hlovate cakap cenggitu? Ok aku nak tanya. Perasan tak kalau dalam sehari tu, berapa kali kita lafazkan shahadah kita dalam solat? Kalau seminggu tu berapa banyak? Kalau dalam masa sebulan tu berapa bilangannya? Kalau setahun? Dan kalau macam aku yang sweet-fourteen-always ni agak agak berapa dozen dah? Tapi bagi aku gelak kejap.. KAHKAHKAH ok.
Hah mesti tak perasan kan? Sebab aku pun tak perasan yang sebenarnya memang dah terlampau banyak kita sebutkan shahadah ni. Baca novel anthem ni baru perasan. Ke korang memang dah perasan selama ni? Kira nya aku je lah ni yang baru nak sedar diri? Oh malunya adik.. TT
"Sahaja aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melain Allah. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah"
Pernah tak kita cuba pahamkan apa erti disebalik dua ayat ni? Aku tak tahu lah kenapa bila aku baca aje novel anthem. Aku rasa sebenarnya besar sungguh erti disebalik dua potong kalimah ni. Like seriously. Kenapa? Ok macam ni. Cuba kau tenung tenung pandang pandang dan menjeling menjeling ku bertentaaaanngg mata kita sama memandaaangggg eh?
Sedar tak yang bila kita lafazkan je kalimah pertama tu. Automatik kita dah berjanji yang kita ni akan ikut semua perintah Tuhan kita dan tinggalkan laranganNya. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Nah! Ayat ni je dah membuktikan yang kita percaya Allah itu Yang Satu, tidak beranak dan diperanakkan. Percaya yang setiap perkara buruk atau baik itu datang dari Allah. Percaya yang setiap kebaikan itu ada ganjarannya dan setiap keburukan yang kita buat itu ada balasannya. Percaya yang Allah itu satu-satunya yang Maha Berkuasa. No?
Muhammad itu pesuruh Allah. Sekali kita lafazkan je, detik itu jugak lah kita dah percaya yang Rasulullah itu kesayangan Allah. Rasulullah itu rasul terakhir. Rasulullah itu ialah contoh teladan yang Allah turunkan untuk kita dalam bentuk manusia. Rasulullah itu sebaik-baik sifatnya manusia kan? Percaya setiap apa yang Rasulullah ajarkan untuk kita, umatnya itu sesuatu yang disukai Allah. Percaya apa yang Rasulullah benci itu adalah apa yang dibenci oleh Allah. No?
Shahadatul haq. Buku yang ditulis oleh Sheikh Al-Maududi ni berkisar tentang perlaksanaan shahadah kita. Perbuatan itu tidak semudah lisan yang dituturkan. Itu yang ditekankan oleh uncle Maududi ni sebenarnya. Tapi betul lah kot. Kita dok sebut hari-hari dalam solat. Tersangat lah mudah. Tapi nak betul-betul melaksanakan erti disebalik kalimah shahadah ni, payah betul. Lagi-lagi macam aku yang iman atas pagar ni. Bila baca anthem ni, sentap tak sentap lah jugak kan. Sobs.
Dan apa kata kita try ubah persepsi kita bila mana cakap aje pasal kalimah shahadah ni, bukan semata menunjukkan yang kita ni seorang islam. Tapi juga cuba untuk menjadi seseorang yang 'besar' disebalik kalimah shahadah yang punyai erti yang 'besar' juga.
Orang yang punyai hati yang 'besar' biasanya punyai peribadi yang 'besar'. No? :)
"Anthem aku ialah shahadah ku"
May Allah bless writer and readers. Amin.
No comments:
Post a Comment