Saturday, May 11, 2013

Fake atau original?

Assalamu'alaikum.

Selalu kan dengar orang cakap kalau nak jadi baik, berkawan lah dengan orang-orang baik dan sebaliknya. Sebab tu kalau perasan lah kan. Ada sesetengah mak bapak sangat teliti dengan siapa anak-anak mereka berkawan. Mungkin bukan sesetengah. Tapi kebanyakkan mak bapak. Sebab apa? Sebab mak bapak ni fitrahnya memang nak yang terbaik untuk anak-anak. Makanya. Dorang taknak lah anak-anak dorang ni berkawan tak tentu hala dengan entah-siapa-siapa-entah alkisahnya lah. Bila difikirkan balik secara logiknya pun memang betul kot. Ok kita ringkaskan cerita. Kawan baik kau ni memang jenis suka mengutuk orang tak hengat dunniyyaaaa. Dan kalau dah hari-hari dengar dia mengutuk si polan dan si polan ini dengan kentalnya. Kau tak rasa yang secara langsung ke tak langsung ke dengan kau-kau sekali akan menjadikkan mengutuk secara kental itu sebagai habit. Let say lah kau jenis tak suka nak mengutuk orang. Logiknya lah kan. Kau rasa kau boleh tahan ke dengan perangai dia nan satu tu? Paling tidak pun kau akan tegur perangai dia yang kurang senonoh tu. Tak pun paling selamat terus rasa malas nak berkawan dengan orang macam ni sebab kau pun bukan jenis suka nak mengutuk orang sangat. Come on lah. Memang fitrah manusia akan selesa berkawan dengan manusia yang punyai ragam yang sama dengan dia. Memang tak nafikan ada je dari kalangan kita yang sabar melayan perasaan menahan ragam-ragam manusia yang tak sama ragam dengan dia. Oh ini dalam konsep persahabatan ya. Bukan perhubungan. Perhubungan tu dah lain rencah sikit. Tak boleh campur aduk nanti jadi nasi campur. Eh? Ok di mana kita tadi??

Bagi yang sabar melayan kepala kawannya yang bengong. Biasanya persahabatan macam ni dia punya manisnya tu kurang. Masam masam manis lah senang cerita. Ikatan kekimiaan dan keserasian tu ada 'leak' sikit. Macam bebola yang ada caj negatif dan bertemu dengan bebola yang juga punyai caj negatif. Hasilnya bebola tu melantun balik atau bahasa antarabangsa dipanggil sebagai 'repulsion'. Hamboi kemain.. Kalau bahasa kasar maknanya persahabatan tu jadi 'fake'. Sebab apa adik cakap fake? Kalau betul kau sayang kawan kau. Apa yang tidak betul pasti kau mahu betulkan. Bukan hanya sabar mengikut apa saja yang si bengong tu buat dan kita pula diam berpeluk tubuh. Pernah dengar tak ayat comel ni?

A true friend cares like a mom,
Scolds like a dad,
Teases like a sister,
Irritates like a brother,
And loves more than a lover.

Paham kan apa yang cuba adik nak sampaikan ni? Kalau tak paham lagi, cuba baca ayat ni pulak.

"Untuk menjadi si optimis. Bergaullah dengan mereka-mereka yang punyai caj positif dalam diri."

Ok dah paham kan? Bagus.

* I do have my true friends/my bffs'/my girlfriends and I feel grateful :')


May Allah bless writer and readers. Amin.

No comments: