Assalamu'alaikum.
Selalu tak dengar orang cakap "kalau dah solat pun hujung-hujung, macam mana nak berharap yang Tuhan tu akan bagi rezeki on time macam yg kita mintak?"
Pernah dengar tak? Ke first time dengar ni?
Dulu bila orang lain dok beringatkan pakai ayat ni, mesti kat hati tu ZAAPPP! Terasa kot. Gila kau tak terasa. Terasa lah sebab memang diri sendiri buat hahahahaaaa T__T
*malu
Dah tahu memang salah diri, jadik bila orang sound setepek dekat muka, time tu memang patut kena dengar pastu diam, pastu iyakan pastu hurm-hurm-hurm kan pastu kalau taknak bagi keadaan tu nampak awkward sangat sila lah gelak comel seperti "hikhikhik". Ala ala moment bila mak bapak dok tanya setuju tak nak kawen dengan chenta hati sebab chenta hati dah masuk merisik. Eh sangaaatttt.
Tak tak. Sebenarnya bukan nak cerita pasal masuk merisik sebab takde orang masuk merisik lagi. Hurm.
Teruk gila kan aku dulu? Sedih betul hidup. Tapi sekarang pun teruk jugak sebenarnya. Cuma mungkin kematangan usia tu sejajar dengan kematangan pemikiran. Makanya, molek 'sikiiiitttt'-ness je nak dibandingkan dari dulu. Lebih kurang 0.000000001 persen lah kot? Wah sikit betul.. T_____T
*double malu
Then bila dah selalu diingatkan dengan ayat cenggitu. Automatik dia jadik macam dakwat kekal lah dalam hati ni. Fitrah manusia tu sukakan kebaikan. Ye dak? Makanya sama jugaklah seperti diri yang kerdil lagi osem lagi gojes ini hurm. Mula-mula tu memang susah ya Rabbi ya Salam. Nak berubah dari tak baik nak jadik baik sikit. Memang lah susah nyeewww. Adat dah tu. Dah memang tugas syaithonirrrrroooojiiimmmm taknak cucu cicit Adam a.s ni menjadi si baik. Kan? Yang penting kena tanamkan kat diri yang kita MESTI istiqamah. Once you've started, don't try to look back. Never. Just keep your head up and moving on. And selalu ingat yang Tuhan tu sentiasa je bersama dengan hambaNya yang bersabar. Lebih-lebih lagi bersabar untuk perbaiki diri. Lagi Tuhan sayang.
Kalau kita ni memang pesen solat di hujung-hujung, cuba try anjak kan masa kita solat tu sikit sikit. Macam peribahasa sikit sikit lama lama jadik bukit. Gituuuuu. Oke macam ni. Kalau zohor tu biasanya kita solat pukul 4 petang. Try untuk solat keesokannya pada pukul 3.55 petang. Pastu keep your momentum within a week. Then bila rasa dah alhamdulillah berjaya. Now kita berganjak ke level 2. Try pulak solat pada pukul 3.30 petang. And do the same thing within a week. Then bila rasa dah gagah perkasa sikit. Hah masa ni lah kita boost up level kita. Solat pukul 2.30 petang pulak. Dari pukul 4 petang tetiba dah 2.30 petang. Peh mantap bhai!
*tepuk tepuk tangan
Dan satu lagi, orang beragama cakap. Kalau nak tahu kita ni berjaya atau tak untuk berubah kepada benda yang baik. Bila kita buat balik perkara-perkara lama yang kurang baik. Sebagai contoh kalau hari ini kita dah berjaya membersihkan rekod kita yang kita mampu untuk solat pada awal waktu. But then esok nya tetiba kita solat hujung waktu semula. Kita akan rasa satu perasaan yang bersalah sangat. Bersalah kepada siapa? Kepada Tuhan. Hah! Once kita ada perasaan macam tu, inshaa Allah itu petanda yang kita mampu mengclorox hati kita menjadi lebih putih dari sebelumnya. Bravo bravo! Anak sape leww niii
*kekelip mata
Nak rezeki on time kan? Jom solat awal waktu! XD
May Allah bless writer and readers. Amin.
No comments:
Post a Comment