Wednesday, August 29, 2012

Self-motivation

Salam.




"Cinta sejati menyentuh hati dan membaiki diri. Bukan merosakkan diri dan buat jauh dari Ilahi." - Dianah Bahrin.
 "Bukankah memperbaiki diri bererti memperbaiki jodoh?"- An nur 26

Secara jujurnya aku bukan lah seorang muslimat yang baik. Penjagaan aurat bukan sempurna. Batas pergaulan kadang-kadang terjejas. Bukan seorang anak yang baik dan solehah. Bukan juga seorang kawan yang terbaik untuk kawannya. Begitu banyak sebenarnya aib yang aku dah buat. Tapi Allah itu Maha Penyanyang Maha Pengasih. Banyak perkara yang aku dah lalui sepanjang tahun ini dan itu semua membuka mata aku tentang satu perkara. Allah akan turunkan dugaan kepada hambaNya untuk menegur hambaNya yang lalai. Dugaan hidup dan cabaran pahit yang kita lalui itu semua adalah teguran dari Dia. Mungkin dulu aku semakin jauh dan semakin lupa dan disebabkan itu juga lah Allah turunkan macam-macam perkara untuk sedarkan aku.

Siapa yang tak mahu pasangan hidup yang soleh/solehan kan? Tapi sebelum kita sendiri mahukan mereka-mereka ini. Tanya diri kita dulu. Kita pula macam mana rencah nya? Ini yang aku cuba pegangkan dan tanamkan dalam diri. Aku nak pasangan yang boleh bimbing aku. Yang boleh bawak aku ke Jannah. Tapi aku juga mahu pasangan aku bangga memiliki aku as his 'other half'. Aku cuba untuk berubah. Berubah kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Aku cuba dan akan terus mencuba. Even kadang-kadang tu seperti atas pagar tapi aku tetap akan berusaha. Iman rapuh. Itulah aku. Perubahan kepada yang lebih baik sememangnya sangat susah. Untuk konsistenkan perubahan itu juga lebih susah. Aku cuba motivasikan diri dengan percaya jika kita mahukan sesuatu yang baik untuk diri. Kita perlu menjadi si baik itu dahulu. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan semua perkara buruk yang aku dah lalui. Daripada perkara-perkara itu juga lah kini aku lebih bersikap terbuka dan berpegang pada satu perkara. Qada' qadar Allah itu pasti. Semua perkara yang jadi itu bukan kebetulan. Tiada istilah kebetulan dalam agama kita (islam). Yang ada cuma takdir (qada' qadar) Allah.

Perubahan bukan senang. Lebih lagi kepada sesuatu yang baik. Sebab itu kita perlu menyokong bukan meng'kondem' saudara kita yang nak berubah. Galakkan dia. Puji dia. Beri rangsangan moral. Jika kita tidak dapat memberikan kata-kata semangat. Janganlah dikeji dihina diumpat pula. Aku suka like dan share kata-kata motivasi macam dekat gambar atas ni dekat social network. Bagi orang macam aku. Aku perlukan medium-medium macam ni sebagai satu peringatan/reminder. Bila aku baca ayat-ayat motivasi macam ni, secara tak langsung aku ada keinginan nak berubah. Nak jadi seorang yang lebih baik. Setiap orang punya personaliti berbeza. Mungkin sesetengah tu anggap benda-benda macam ni annoying. Tak pun pikir entah pape. Tapi bagi orang yang perlukan kata-kata semangat macam aku. Ehem! Kami perlukan sesuatu yang boleh memotivasikan diri sebenarnya. Secara konklusinya tolong lah support kengkawan yang nak berubah for good. Mohon jangan diperli. Kita mahukan pasangan seperti Saidina Ali Abi Thalib. Tapi sebelum itu kita haruslah menjadi Fatimah dulu. InsyaAllah. Tehee. :)

Sepertinya agak serious entry kali ini ya?? Kihkih.

May Allah Bless Writer and Readers.

No comments: