Assalamu'alaikum
Malam semalam, baik timeline di twitter atau home di facebook. Dua-duanya meriah dengan status-status dan tweet-tweet ucapan tahun baru sempena awal muharram pada hari ini. Aku rasa sepanjang aku hidup sampai lah hat ni. Tahun ini is tahun yang paling meriah kita yg beragama islam sambut awal muharram. Betul tak? Aku cakap camni sebab kawan-kawan semua excited wish happy new year. Memang penuh ucapan-ucapan selamat dekat twitter dan facebook semalam. Aku tengok pon rasa seronok. Tehee.
Syukur lah. Kan? :')
But then. Starting subuh tadi. Owh tak tak. Starting dalam pukul 3 pagi tadi. Dah start orang cerita pasal something yang lebih besar dan lebih serious dekat twitter. Aku cakap dekat twitter sebab aku perasan dekat twitter ya.
Dalam waktu yang sama umat Islam di Gaza menyambut tahun baru semalam. Mereka jugak 'disambut' dengan perang udara oleh tentera-tentera Israel laknatullAllah. That was unforgivable! Sebab mostly mangsa-mangsa dari ledakan perang semalam rata-rata bayi dan budak-budak. Last mereka diserang pada tahun 1430 Hijrah iaitu tahun 2008. Pada waktu yang sama dimana umat Islam di sana dalam suasana sambutan tahun baru. AND NOW. They did it again. After 4 years. Allah..
Semalam aku dalam mood sedih. Sedih because of something personal. But semalam jugak, mereka-mereka di Gaza jugak sedih. Tapi atas sebab yang lebih maha besar. Lebih maha hebat. Sedih atas sebab kematian ahli-ahli keluarga. Sedih atas sebab musnahnya tempat tinggal. Sedih atas sebab tanah tumpah kelahiran mereka hancur diceroboh. Bila mengenangkan betapa langit dan bumi sedihnya mereka dengan sedihnya aku. Allah... Betapa lemahnya diri jika nak dibandingkan dugaan yang Allah turunkan untuk mereka-mereka di Gaza. :'(
Mungkin macam aku yang tak punyai apa-apa yang boleh dihulurkan as a bantuan. Baik dari segi kekuatan atau pun duit. Tapi ingatlah yang Allah itu Maha Mendengar Maha Mengetahui Maha Segala-galanya. Berdoalah kawan-kawan. Tolong. Berdoalah. Just bayangkan kalau kita berada di tempat mereka sekarang ni. How? Berdoalah. Bila doa itu ikhlas datang dari hati kita. InsyaAllah doa itu jugak ikhlas untuk Allah dengar. Saudara kita di Gaza amat perlukan kita sekarang. Berdoalah. Moga mereka dilindungi dan dikuatkan hati dan semangat. Cuma perlukan sedikit je masa kita untuk berdoa. Just a few minutes. Only. Berdoalah. Kerana doa itu ialah senjata yang paling kuat bagi umat Islam.
Please. I begging you. Lets pray. For our brothers and sisters in Gaza. :'(
Malam ini malam jumaat kan? Jika ada kelapangan. Marilah sama-sama kita bacakan yasin untuk mereka. Mungkin apa yang kita lakukan dapat menjadikan hati mereka lebih kuat dan dipinjamkan sedikit semangat. Wallahu'alam.
May Allah Bless Write and Readers.

No comments:
Post a Comment